Monday, October 14, 2019

author photo
Drama Demi Rindumu | Assalamualaikum...Hai,Terlebih dahulu nak ucapkan Drama terbaru dalam slot megadrama di Astro Ria, Drama ini merupakan adaptasi novel Demi Rindumu karya oleh Diya Jamal. Tambahan pulak drama ni gabungan pertama Janna Nick dan Sean Lee. 


Drama Demi Rindumu Di Astro Ria

Drama Demi Rindumu merupakan sebuah syarikat terbitan Zamriez Golden Picture, di arahkan oleh pengarah Haris Fadilah, Disiarkan mulai 7 Oktober 2019 lagi, Setiap Isnin hingga Khamis jam pukul 10 malam. 

Antara pelakon lain yang turut mejayakan drama Demi Rindumu adalah Norman Hakim, Elvina Mohamad, Azri Sabri, Mustapha Kamal,Raja Norbaizura,Hafeez Mikael,Riz Amin,Sherry Ibrahim,Aleza Shadan,Fazli Daniel,Qazem Nor dan Naim Shamsul. 

Sinopsis Drama Demi Rindumu

Mengishakan kisah Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi diluar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan. 

Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara sama terjadi ke atas abangnya. 

Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi. 

Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

Apa yang akan diterjadi dengan perkahwinan Rania dan Haznik,Siapa sebenarnya Haznik, Kena tengok sampai last episode ni jawabnya hahaha.. Tak sabar nak tengok malam ni drama Demi Rindumu ni. 

Kalau korang jenis tak sabar nak tahu kesudahan episode nya boleh usha baca novel online dekat link di bawah ini yang Cik Ash kongsikan selamat membaca ya. 




Baca Online Novel Demi Rindumu Bab 1 Hingga Bab 10

👉 Prolog
👉 Bab 1
👉 Bab 2
👉 Bab 3
👉 Bab 4
👉 Bab 5
👉 Bab 6 
👉 Bab 7
👉 Bab 8 
👉 Bab 9
👉 Bab 10

Ok la korang semua Cik Ash nak out dulu, semalam tak boleh tidur hidung tersumbat nak bernafas tak sedap, Cik Ash nak rehatkan diri dan sambung buat kerja rumah yang masih ada tertangguh belum buat lagi. Nanti kalau ada entri baru Cik Ash kongsikan dekat blog nanti. Jumpa lagi..

👉BacaLagu Ost Drama Demi Rindumu

#dramademirindumu
#megadramaastroria
#dramamelayu
#dramabersiri

This post have 2 komentar

avatar
Aiman delete October 14, 2019 at 12:32 PM

Banyak plak sean lee ni ni dapat berlakon cerita melayu kn. Rezeki dia

Reply
avatar
Cik Ash delete October 15, 2019 at 9:03 AM

tu la pasal pengarah suka lakonan dia la ni duk ambik

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post