Monday, October 7, 2019

Keputusan Pemenang Akhir Big Stage 2019

Keputusan Pemenang Akhir Big Stage 2019 |Ramalan Cik Ash antara kelima-lima  dari awal dah tahu milik siapa juara hingga tempat ke -5 , tak sangka menjadi kenyataan, Tahniah buat Han-Byul bergelar Juara Big Stage 2019  semalam. Eh hampir hampir nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Entri Terbaik Bulan Ogos Dan September 2019.

Keputusan Pemenang Akhir Big Stage 2019

Semalam berakhir program pencarian bakat nyanyi Big Stage 2019, Keputusan penuh telah diumunkan semalam. Tahniah kepada buat semua pemenang semalam. Setiap calon Big Stage diberikan tugasan dua lagu iaitu cover lagu dan single terbaru dari mereka. Dari persembahan yang Cik Ash lihat semalam memang berpuas hati dengan keputusan pemenang semalam, semuanya hebat-hebat. Nyanyi mereka memang power sangat. Jom tengok keputusan penuh dekat bawah ni. 

Juara Big Stage menjadi milik Han-Byul membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 dan berserta trofi. Han-Byul mempetaruhkan lagu cover daripada Eminem Lose Yourself dan single terbaru daripada beliau iaitu Luka dan Bahagia.

Naib Juara Big Stage menjadi milik Neeta Manisha membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 berserta dengan trofi dari astro. Neeta mempetaruhkan lagu I Wanna Dance With Somebody dan single terbaru Ruang Mimpi. 

Tempat Ketiga menjadi milik Adzrin membawa pulang wang tunai RM25,000 berserta dengan trofi. Adzrin mempetaruhkan lagu All Of Me dan single terbaru dari beliau iaitu Picisan. 

Manakala untuk tempat keempat menjadi milik Irfan Harris membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 berserta dengan trofi. Dan tempat kelima menjadi milik Dinda Permata membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta dengan trofi. Lagu nyanyi oleh Irfan adalah Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan single terbaru Honey. Untuk Dinda pula mempetaruhkan lagu dangdut Simalakama dan sebuah lagu single Ku Tak Bisa.

Cik Ash suka tengok gabungan dua pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad harap di masa akan datang dua pengacara masih dikekal sampai bila-bila. Mereka berdua ni menyerikan big stage sebenarnya ya. Hahaha. 

Ok la korang Cik Ash undur diri dari blog ya. Agak lewat entri hari ini, biasa la bila dah tak mood nak buka hp,laptop ni semua tak terupdate. Dekat media sosial Cik Ash dah banyak mendiamkan diri. Maaf kalau lama menyepikan diri sekarang ya. 

7 comments:

  1. Smlm termissed x tgk..dah agak! Han byul setipa mggu undian teratas..mmg he deserved to win..nyanyi lagu melayu x de cacat langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah dia memang patut menang nampak xpelat langsung nyanyi lagu melayu

      Delete
  2. Han Byul memang layak.. hahaha itu je Shu boleh cakap.

    ReplyDelete
  3. Akak tengok separuh je..sampai Han Byul nyanyi first song..lepas tu akak tido..nanti akak tengok kat Youtube..

    ReplyDelete