Saturday, October 19, 2019

author photo
Keputusan Pemenang All Stars Buka Panggung | Assalamualaikum... Berakhir sudah program Pertandingan All Stars Buka Panggung merupakan sketsa spontan bertemakan Katakan Tidak Pada Skrip yang menguji kemampuan pelakon tanah air mempersembahkan lakonan tanpa menggunakan skrip.

Keputusan Pemenang All Stars Buka Panggung

Seramai 20 orang pelakon yang telah menjayakan All Start Buka Panggung, Selama 5 minggu akan dipilih juara minggu. Setiap juara mingguan itu akan bertanding ke minggu separuh akhir dan minggu pentas akhir untuk bergelar juara All Statrs Buka Panggung. Pelakon yang berentak pada malam pentas akhir adalah Datuk Aaron Aziz, Zulhuzaimy, Rita Rudaini, Noorkhiriah. 

Rancangan ini juga turut memperlihatkan bakat pelakon dalam bidang nyanyian yang mana mereka perlu menyanyikan lagu yang dipilih pihak produksi. Untuk persembahan perserta 100 peratus ditentukan menerusi undian online penonton menerusi www.gempak.com/allstartsbukapanggung. Pada Malam final semalam Cik Ash undi Noorkhiriah. hihihi.

Pada malam pentas akhir All Start Buka Panggung dimeriahkan kemunculan artis undangan seperti Ropie,Ali Puteh, Ebby Yus, Manakala Mas Idayu, Juzzthin dan Nabila tampil membuat persembahan nyanyian. 

Hos yang menjayakan program ni adalah Ajak dan Shahrul Shiro serta juga diserikan dengan kehadiran Seri Dewi Panggung, Erra Fazira dan ia disiarkan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (125)

Keputusan Pemenang All Start Buka Panggung

Tempat pertama : Zulhuzamiy membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta dengan trofi.

Tempat Kedua : Noorkhiriah membawa pulang wang tunai sebanyak RM25,000 berserta dengan trofi.

Tempat Ketiga : Datuk Aaron Aziz membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan berserta dengan trofi.

Tempat Keempat : Rita Rudaini membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan berserta dengan trofi.

Tekaan Cik Ash pemenang pada malam itu semuanya betul, Memang dah jangka Zulhuzaimy akan menjadi juara. Rezeki beliau pada malam tu sebab niat murni beliau kalau menang malam itu duit hasil kemenangan itu dia nak bagi dekat ibu untuk mengerjakan haji pada tahun depan. 

Ok la korang semua, Cik Ash out dulu ya. Nak rehatkan tubuh sebab tak berapa sihat sikit macam nak kena selsema pulak rasa ni. Jumpa lagi nanti kalau ada entri baru akan di update nanti.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post