Tuesday, October 8, 2019

Resepi Goreng Telur Dadar Oregano

Resepi Goreng Telur Dadar Oregano | Assalamualaikum...Hai,hari ini Cik Ash nak kongsi masakan daripada #dapurcikash. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri sebelum ini. Cik Ash bab memcuba sesuatu yang baru hihihi. Baru-baru dekat rumah ada stock telur biasa la hunjung-hunjung bulan sebelum tunggu suami gaji. Hihihi. Tengok dalam peti ada telur jer. Dah pening nak masak apa telur ni. So datang idea dalam kepala ni apa kata kita buat telur dadar oregano. 


Resepi Goreng Telur Dadar Oregano

Cara nak buat dia macam buat telur dadar yang biasa kita guna juga tu. Cuma tambah oregano dalam telur tu. Buat telur dadar oregano ni makan dengan nasi putih panas-panas boleh bertambah nasi dua pinggan hahaha. Jom la kita tengok cara nak buat telur dadar goreng oregano ni.



Telur Dadar Oregano

Bahan-Bahan

Oleh : Cik Ash

2 biji telur 
Setengah biji bawang Holand
1 sb oregano
1 sk garam
2 biji cili padi

Cara membuatnya :- 

1. Basuh kulit hingga bersih. Lepas tu pecahkan telur dalam mangkuk.

2. Selepas kacau telur hingga berbuih, lepas tu masukkan oregano,garam dan cili padi. Kacau bagi  sebati.

3. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas. 

4. Masukkan telur dalam kuali goreng hingga masak, bila dah masak korang terbalik lagi sebelah dan masak hingga sekata. 

5. Bila dah siap masak boleh di hidangkan dengan nasi yang panas. 

Ok la itu cara Cik Ash buat telur dadar oregano, goreng macam kita telur dadar biasa jer pun cuma tambah oregano jer dalam tu, hahaha... Cik Ash ni suka memcuba sesuatu yang bila ada peluang kongsi dekat blog ni. Kalau korang yang nak tengok koleksi resepi yang lain boleh la terjah baca dekat koleksi #dapurcikash.

#dapurcikash
#sayamasak
#foodblogger
#cooking

#masakan

15 comments:

  1. Akak x pernahbuat lagi..tp macam menarik nak cuba...pernah x buat telur dadar campur udang atau campur tomato? cuba buat...best...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hom sedap makan tambah nasi x ingat hahaha

      Delete
  3. telur ni letaklah apa benda pun kat dalam tu...tetap menjadi pujaannn kannnn

    ReplyDelete
  4. Kinah selalu letak mayonis dalam telur tu heheh. Lepasni cuba letak oregano pulak hehe. Thanks cik ash bagi idea ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak letak mayonis tu pernah buat hihihi

      Delete
  5. Rabia suka Goreng telur nasi goreng Pataya tu

    ReplyDelete
  6. dulu letak ngak oregano..tp anak2 xsuka.hehehe

    ReplyDelete
  7. xpernah beli oregano..rasa apa yea oragano ni

    ReplyDelete
  8. resepi lama tp bahan2 baru yang unik sebab letak oregano..hehe
    pernah tak cikash cuba goreng telur dadar letak kicap..kacau2 sekali n goreng..sedap jugak tau..

    ReplyDelete