Thursday, October 3, 2019

Resepi Udang Masak Paprik Paling Mudah

Resepi Udang Masak Paprik Paling Mudah | Assalamualaikum...Terima kasih kepada korang yang sudi membaca entri sebelum ni..Dah agak lama tak kongsi koleksi masakan daripada #dapurcikash ni. Last pada 16 Sep 2019 aritu lama sungguh tu.

Udang Masak Paprik Paling Mudah

Sebenarnya masa buat Udang Masak Paprik ni secara spontan pun. Tengok pulak barang ada nak buat tu yang terjadi menu udang masak paprik ni. Udang pulak yang sedang-sedang jer masa beli tapi bila masak jadi kecil pulak tak pe janji suami dan ibu mentua makan dengan berselera. Jom la usha resepi dekat bawah ni yang Cik Ash kongsikan. Resepi ni ikut cara Cik Ash sebab untuk 3 orang makan jer. Tu kadang ada lebih lagi huhuhu.

Udang Masak Paprik 
Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan 
Udang 
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili 
6 helai daun limau purut
3 biji cili padi
6 biji kacang buncis (potong serong)
1/2 biji Carrot
1 batang serai
air untuk berkuah
1 sudu kfc garam 
1 sudu kfc serbuk pati sedap
1 biji bawang holand (dihiris)

Cara Membuatnya :- 

1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih,serai sampai wangi. 

2. Selepas itu masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak, kemudian masukkan semua sos.

3. Selepas itu masukkan carrot dan air tunggu hingga carrot itu jadi lembut. 

4. Kemudian korang masukkan cili padi, kacang buncis dan perasakan dengan garam, serbuk perasa. 

5. Dalam kuah Cik Ash ada tambahkan sedikit tepung jagung lebihkan kuah selalunya ibu mentua dia suka lauk ni. Masak hingga mendidih.

6. Siap!!! tutup api boleh dihidangkan dengan nasi panas. 

Ok la itu cara Cik Ash buat udang masak paprik paling mudah. Janji masakan ni suami dan ibu mentua makan nasi bertambah-tambah. hihihi.. Kalau korang nak lihat koleksi resepi lain boleh jer baca dekat koleksi masakan daripada #dapurcikash ya. Jumpa lagi nanti kalau ada idea baru nanti akan menyusul entri ya.

#dapurcikash
#sayamasak
#foodblogger
#cooking

#masakan

21 comments:

  1. Ya Allah.. masak paprik antara masakan paling sedap sepanjang saya hidup ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan makanan yg membuka selera bertambah2

      Delete
  2. sedap ni...kalo udang besar2 lagi juicy kan...boleh cuba resepi ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul tu.. Beli yg sedang2 jadi kecik la hahaha..

      Delete
  3. buat sendiri puas hati kan ekin selalu kalau order paprik campur ni sikit je udang dia hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul tu kak ana buat sendiri puas hati hahaha

      Delete
  4. Oo..udang pun boleh buat menu ni juga ye. Bulih cuba ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya cik ash, akk slalu goreng ja udang ni tp boleh cuba resepi yg cik ash bg ni, tq tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah puas goreng hihihi kita buat style gini sedap juga

      Delete
  6. sedapnya udang..tak pernah buat paprik lg. Kena try la nanti

    ReplyDelete
  7. Suka sangat masakan paprik ni tapi tak pernah try buat. Terima kasih untuk resepi

    ReplyDelete
  8. saya suka juga dengan petai masak pedas
    jom singgah blog saya juga :)
    https://www.imemily.com/2019/10/marrybrown-jimat-jumaat-promo-so-worth-it.html

    ReplyDelete
  9. Klau x de sudu lfc sudu mcD boleh? 😬

    ReplyDelete
  10. Klau x de sudu kfc sudu mcD boleh? 😬

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap la..akak kalau udang kecik2 mcm ni jadi rencah je..

    ReplyDelete