Wednesday, November 20, 2019

Entri Terbaik Bulan Oktober 2019

Entri Terbaik Bulan Oktober 2019 | Assalamualaikum... Hai,maaf lama menyepikan diri dekat blog,sebenarnya Cik Ash sibuk dengan urusan mak mentua dimasukkan wad pada 2/11/19 akibat asma yang teruk lepas tu ada batuk dan paru-paru di jangkitan kuman sikit dan lain2 lagi. Hari ini baru kesempatan nak update blog... Terima kasih buat korang yang sudi memberi komen Senarai Perserta Mentor Milenia 2019.

Entri Terbaik Bulan Oktober 2019

Mak mentua Cik Ash berada dalam hospital dekat 8 hari dalam wad. Pada hari Ahad 10/11/19 doktor benarkan balik rumah. Keadaan mak mentua ok dah sikit tapi masih belum pulih sepenuhnya.
Sibuk la sikit bila jaga mak mentua sakit lagi, dengan urusan rumah tangga Cik Ash lagi, nak menaip blog kadang mood kelaut, hari ini rasa macam ok la sikit ni ambik peluang tulis entri dekat blog. 

Seperti biasa la Cik Ash akan kongsikan dengan korang Entri Terbaik Oktober 2019 dekat blog Cik Ash ni. Pada bulan Oktober aritu entri dekat blog sebanyak 14 entri. Makin berkurang bilangan entri dekat sekarang nak buat macam mana sibuk dengan urusan peribadi lagi kan. Jom la tengok antara entri terbaik yang terdapat di dalam blog Cik Ash ni mungkin ada yang korang belum berpeluang untuk baca ke. 

1. Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu  - Lagu dalam drama ini banyak yang best maybe sebab tu ramai yang view.

2. Lagu Ost Drama Demi Rindumu  - Lagu dalam drama Demi Rindumu pun banyak yang best juga ramai yang mencari tu patut la view tinggi.

3. Drama Demi Rindumu Di Astro Ria - Saja-saja nak share sinopsis drama ini mana la tahu ada yang nak baca kan.

4. Cara Nak Beli Dekoder MYTV Secara Online - Sekarang ramai yang sedang mencari dekoder MYTV boleh dapatkan secara online klik ni nak tahu.

5. Belajar Lukis Haiwan  - Yang ni pulak sahaja-sahaja suka nak kongsi dekat blog mana tahu nanti berguna untuk Cik Ash bila ada anak ke kan. Tak pun bagi anak saudara belajar.

6. Lagu Ost Drama Mimpi Yang Sempurna 

7. Resepi Timun Tumis Air  - Masih ada yang cari  entri resepi paling simple ni, Walaupun dah lama kongsi pada tahun 2017 lagi. Pageview entri ni dah cecah 10K view. Yang paling Cik Ash gembira berada di pages pertama google Alhamdulilah. 

8. Magic Sponge MR.DIY  - Sahaja suka-suka nak kongsi magic sponnge dengan korang memang span tu menjadi nak hilangkan kekotoran.

9. Drama Lelakimu Yang Dulu - Saja-saja suka juga nak kongsi sinopsis dekat blog ni ada juga yang mencari.

10. Ayam Panggang Guna Air Fryer - pertama kali buat ayam panggang guna air fryer guna seekor ayam. Alhamdulilah kejadian ayam di buat memang terbaik dan dapat pujian daripada suami dia kata sedapnya ayam dah macam dekat kedai.

Ok la korang semua itu jer antara-antara 10 entri yang terbaik di blog Cik Ash untuk bulan Oktober 2019 aritu. Selamat membaca entri terbaik Cik Ash ni ya. Jumpa lagi di entri yang lain pulak.

2 comments: