Wednesday, December 4, 2019

author photo
Percubaan Pertama Buat Colek Buah | Hai, Assalamualaikum...Dah agak lama Cik Ash tak kongsi koleksi masakan daripada #dapurcikash dekat blog ni. Nak buat macam mana sibuk dengan urusan peribadi blog pun tak sempat nak tengok. Bab memasak selalu jer Cik Ash masak ambik gambar post dekat instagram dan facebook jer. Eh hampir terlupa Cik Ash ingin ucapkan kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Eh Dah Bulan Disember 2019.

Percubaan Pertama Buat Colek Buah

Cik Ash ada sharing dekat facebook buat colek buah pada bulan 11 aritu dah lama buat baru nak kongsi dekat blog ni hahaha, nampak sangat malas nak menulis kan. Semangat nak buat colek ni mak mentua Cik Ash selalu terkeluar dekat mulut nak makan jambu cicah colek dengan jambu yang banyak ambik dekat pokok depan rumah tu. 

Cik Ash cari la resepi cara nak buat colek buah ni dekat google ni dan ada la jumpa blog satu blog yang kongsi cara nak buatnya. Nama blog tu dah lupa hahaha.. Tapi dalam resepi dia ajar cara kuantiti banyak ni Cik Ash nak cuba dulu. Agak-agak jer bahan untuk buat. 

colek buah

Resepi Colek Buah 

2 senduk Cili kering Blender
Sedikit belacan
1 cawan Gula Perang
1/2 cawan gula pasir
3 sb sos cili
2 sb tepung jagung
1/2 cawan kicap manis
1 sb garam
segengam kacang tanah 

Cara Membuatnya : 

1. Cik Ash cili kering yang dan blender. Ambik dalam 2 senduk masukkan ke dalam kuali. 

2. Gula merah puak dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan ke dalam kuali). 

3. Kemudian masukkan gula pasir. 

4. Masukkan juga kicap dan sos cili.

5. Untuk step seterusnya, korang perlu masak semua bahan-bahan dalam kuali tadi sampai ianya mendidih. Korang perlu berhati-hati ya sebab kuah itu akan cepat meruap. Sentiasa la kacau-kacau kuah tu. 

6. Bila kuah sudah mendidih, korang perlu masukkan garam secukupnya supaya sekata rasa dia.

7. Selepas itu korang kena masukkan air bancuhan tepung jagung tadi, kacau hingga sebati. Masa ni memang sentiasa kacau selalu dan gunakan api yang slow.

8. Masak kuahnya sampai menjadi agak pekat.

9. Barulah korang masukkan kacang tanah, agak-agak letak kacang tanah tu. Bijan tak letak sebab tak ada stock hihihi. 

10. Siap!! boleh la dimakan dengan buah jambu yang banyak ni. hahahaha.

Colek buah buah sedikit satu hari dah habis dapat pujian daripada suami dan mak mentua dia orang kata dah boleh buat jual ni, menjadi dah buat colek buah ni makan pulak dengan jambu tak ingat apa dah la. 

Ok la korang itu jer cara Cik Ash buat colek buah. Tu cara Cik Ash agak-agak buat kuantiti sedikit jer. Kalau korang buat versi banyak boleh jer cari dekat google banyak  blog yang kongsikan. Jumpa lagi dengan entri lain nanti kalau ada ya. 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post