Saturday, January 18, 2020

author photo
Drama Titian Takdir Slot Lestary TV3 | Assalamualaikum...Hai, Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Dapat Gift Top Komen Blog Sis Jm. Hari ini Cik Ash nak tulis entri dekat blog mengenai drama yang bersiaran di Slot Lestary TV3. Siapa dekat sini layan drama ni. Cik Ash tengok geram rasa tengok drama ni nenek, mak saudara dan pak saudara seksa anak-anak yatim. Memang sedih cerita ni kisah 4 beradik yang berpisah. 


Drama Titian Takdir Slot Lestary TV3


Pelakon Drama Titian Takdir

Drama ini di bintangi oleh Sweet Qismina, Nadia Brian,Fimie Don dan Syazuwan Hassan. Terdapat juga pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama ni.


Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama Titian Takdir ni diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Drama ini berepisode sebanyak 13 episode yang mana bermula ditayagkan pada 9 Januari 2020 setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam.

Gambar Pelakon Drama Titian Takdir



Sinopsis Drma Titian Takdir

Drama ni mengisahkan mengenai empat adik-beradik merempuh kehidupan tanpa ibu bapa. Setelah kematian ibu mereka, empat beradik itu ditempatkan di rumah anak yatim. Along, Ayoi, Nazmi, dan Aisyah tidak dihiraukan neneknya (Wan Jah). Mereka dilayan buruk oleh Wan Jah menyebabkan Salmah melaporkan hal tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di rumah anak yatim itu, Datuk Jufry dan Datin Rina mengambil Aisyah sebagai anak angkat. Ayoi tidak dapat menerima berita itu, lalu bertindak untuk melarikan diri. Ayoi meninggalkan sepucuk surat dan mengatakan dia ingin mencari adiknya Aisyah.

Selepas 15 tahun kemudian mereka sudah mempunyai kehidupan sendiri dan Latifah bekerja sambilan di sebuah klinik dan Dr. Kamil menyukainya. Aisyah pula menjadi seorang pelakon yang terkenal dan sudah melupakan adik beradiknya yang dia tersalah anggap mereka membencinya. Nazmi cuba menyatukan kembali adik beradik yang terpisah.

Ok la korang, itu jer pengkongsian Cik Ash mengenai Drama Titian Takdir Slot Lestary TV3. Sebelum nak tengok drama ni sediakan tisu ya hihihi cerita memang sedih sangat. 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post