Wednesday, January 15, 2020

author photo
Eco Shop Haul | Hasil Shopping Kedai ECO SHOP | Assalamualaikum... Hai, eh 3 hari tak tulis entri dekat blog ni, Malam ni kita update ada yang baca ke tu.Terima kasih kepada korang yang sudi tinggalkan komen dekat entri Tudung Sukan Tahan Instant Hijab Yang Sesuai Untuk Bersukan Dan Aktiviti Luar. Nak buat macam mana kesibukan sikit dengan urusan bawa mak mentua dan Cik Ash demam ke Klinik Karangan. Keesokan pulak urusan suami jumpa pakar di hospital kulim. Memang sibuk jadualnya. 


Hasil Shopping Kedai Eco RM2.10

Sekarang musim panas mudah sangat kena demam, doktor nasihat banyakkan minum air masak, hihihi, dah terlebih minum air masak dekat rumah ni, alhamdulilah demam Cik Ash tak ada melarat hanya dua hari dah ok hihihi. Maybe sebab cuaca panas kut.

Sebenarnya entri hari ini nak kongsi korang hasil shopping di kedai eco rm2.10 tu kedai berhantu kebanyakan orang panggil hahaha, suami Cik Ash dia paling risau kalau Cik Ash masuk sini. Dia takut Cik Ash naik hantu semua benda nak beli, semasa sebelum masuk kedai ni suami dah bagi target jangan belanja lebih pada RM20 hahaha, Saja-saja jer suami ni nak uji isteri dia la. Gigih la kita pilih barang yang nak jer tu masih ada lagi belum beli hahaha, tak pe tunggu nanti la nak ajak pergi pulak dekat kedai eco hihihi. 

Barang yang Cik Ash beli dekat eco ni adalah pencuci lantai, pencuci kekotoran dekat dapur, pewangi semburan, senduk kuah, pinggan kecil untuk sos,pencungkil gigi, pelapik tempat hiris. Jom korang usha gambar-gambar dekat bawah ni hihihi.

tempat hiris bawang 
senduk dan piring sos



kitchen cleaner

pewangi rumah

pencungkil gigi 


Ok la korang itu jer hasil shopping Cik Ash di kedai eco RM2.10 tu, kedai berhantu ni kalau masuk situ malam tak sedar hahaha, kalau ikut banyak lagi list barang nak ambik tapi sebab suami dah bagi warning jangan masuk lama-lama hahaha, Macam tahu la kita masuk kedai memang jadi gila semua nak ambik hihihi.. Korang selalu pergi kedai eco mesti macam Cik Ash juga kan. hahaha.. apa yang selalu korang shopping dekat sana.

1 komentar:

avatar
dEdEQ dE wIshEs delete January 17, 2020 at 2:42 PM

HAHAHA . MABUK KAN KALAU MASUK SINI . KADANG KALAU LIST BYAK2 PUN .. NAMPAK YG BERKENAN WALOPUN XDE DLM LIST . MESTI AMIK JUGAK 😂😂😂😂

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post