Saturday, January 11, 2020

author photo
Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2019 | Assalamualaikum... Eh sempat lagi update entri masa ni hahaha nak kongsi keputusan penuh MLM 2019 ni. Hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Pertama Kali Cuba Buat Acar Masak Kelantan. Setelah 12 minggu bertanding akhirnya terjawab sudah pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2019 pada malam ni.




Maharaja Lawak Mega 2019 Final telah berlangsung di  Royal Teater , Shah Alam serta turut disiarkan secara langsung di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (134).Antara perserta yang bertanding pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 bersaing untuk bergelar Juara pada malam ni ialah Bocey, Zero, Rare, Puteh dan Jborn. 

Keputusan undian peserta malam ni diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian penonton. Tema Maharaja Lawak Mega adalah diadaptasi daripada drama antarabangsa 'Stranger Things.

Untuk persembahan mereka malam ni bertemakan Muzikal & Bebas, bagi Cik Ash tengok siaran langsung rasa tadi terhibur dengan lawak daripada kumpulan Puteh dan Zero. Memang kedua-dua persembahan kumpulan itu mendapat 5HA daripada juri-juri. Tambahan pulak semasa Tema Muzikal tu Puteh punya persembahan last tu buat orang dalam dewan mengalirkan air mata dan termasuk dekat rumah hihihi...Siap undi dua kumpulan ni tadi. Hihihi... 

Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2019

Juara - Puteh membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta trofi. 

Naib Jura - Zero membawa pulang wang tunai RM250,000 berserta trofi

Tempat Ke 3 - Bocey membawa pulang wang tunai RM150,000 berseta dengan trofi.

Tempat ke 4 - Jborn membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta dengan trofi. 

Tempat ke 5 - Rare membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta dengan trofi.

Sebenarnya keputusan pemenang pada malam ini tekaan Cik Ash semuanya betul dan tepat. Memang dari awal Cik Ash dah jangka Puteh akan jadi Juara . Dah tertulis rezeki Puteh malam ni tahniah buat Juara. Tak lupa juga nak ucap tahniah kepada semua pemenang lain. Bukan senang nak jadi pelawak selama 12 minggu nak bagi orang ketawa. Cik Ash kalau ikut bukan peminat tegar Maharaja Lawak Mega pun disebabkan join Mak Mentua dan suami tu yang terlayan. hihihi.

Ok la korang sempat lagi update masa ni nak update keputusan penuh pemenang Maharaja Lawak Mega 2019.  Jumpa lagi di entri yang lain.

1 komentar:

avatar
Abam Kie delete January 11, 2020 at 6:38 AM

X tengok pun mlm td. Nampaknya kena cari di youtube la

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post