-->
banner

Teman Hebat

TERBARU BY CIK ASH

Wednesday, January 8, 2020

author photo
Pertama Kali Cuba Buat Acar Masak Kelantan | Assalamualaikum...Hai korang semua, masa ni baru ada idea nak menulis dekat blog ni hahaha... Nak buat macam mana siang hari sibuk dengan rutin harian surirumah tangga dan pantau mak mentua yang uzur. Nanti entri yang lain Cik Ash akan story kisah mak mentua ya. hihihi.. 

Pertama Kali Cuba Buat Acar Masak Kelantan

Sebenarnya buat masakan Acar Masak Kelantan buat pada tahun lepas lagi hahaha.. Tahun ni baru nak kongsi dekat blog nampak sangat lama tak menulis entri resepi dekat blog ni. Nak menulis entri resepi kena ada mood juga kan. Macam mana timbul datang nak buat Acar Masak ni sebab fikirkan mak mentua yang tidak lalu nak makan sebenarnya. Lepas tu pernah teringat dia ada sebut kalau ada acar masak ni sedap makan sebab masam-masam cuka gitu. 

Kebetulan pulak tengok dalam peti ais ada bahan-bahan dan ada santan tu yang teruskan buat tanpa bagitahu mak mentua Cik Ash masak acar ni, hihihi.. Buat kejutan dekat dia konon-konon la. Masa mak mentua buka saji bersorak bila tengok acar masak ni. Suami pun siap puji kata sedap dah macam makan kelantan punya kalau kalau pisang gala @ pisang benggala sedap ni. Jom korang tengok resepi cara Cik Ash masak dekat bawah ni. 

acar masak kelantan


Resepi Acar Masak Kelantan

Bahan-bahan

1 biji Timun
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
sedikit halia *
1 sudu besar cili kisar
2-3 sudu cuka makan
2 biji cili merah
segenggam taugeh
1 sk garam
1 sk pati sedap
gula secukup rasa

*ditumbuk dulu ya.

Cara Membuatnya : 

1. Timun dipotong memanjang, kemudian rendamkan seketika dengan air garam untuk mendapatkan acar yang ranggup. 

2. Panaskan minyak tumiskan bawang, halia yang telah ditumbuk itu. 

3. Masukkan cili kisar dan tumis cili hingga masak.

4. Selepas itu masukkan santan dan masak seketika kemudian masukkan cuka makan.

5. Apabila kuah dah mula mendidih masukkan timun yang telah disejatkan.

6. Perasakan dengan garam, pati sedap dan gula.

7. Apabila acar sudah masak padamkan api, kemudian last sekali masukkan taugeh.

8. Siap boleh dimakan dengan nasi putih sedap..

Alhamdulilah bila buat acar masak kelantan ni mak mentua Cik Ash berselera makan nasi pun bertambah dia kata sedap makan masam-masam cuka katanya. Sekarang pening nak masak menu apa nak bagi dia berselera tanya nak lagi acar masak ni tak nak dah. Sekarang makan nasi dengan acar timun mentah pulak lauk-pauh tak nak duk makan hirup kuah acar tu jer. 

Ok la korang jumpa lagi ya, tengok jam dah lewat ni masa untuk beradu dulu hahaha... jumpa lagi kalau rajin nanti menyusul la entri baru. hihihi.. Kalau korang nak koleksi resepi lain boleh jer usha koleksi resepi #dapurcikash.
your advertise here

This post have 4 komentar

avatar
Umi Nazrah delete January 8, 2020 at 9:53 AM

Waalaikumussalam. Oh belum penah makan acar kelantan 😅

Reply
avatar
Wak Lat delete January 10, 2020 at 5:26 PM

wahh rajinnye buat acar.. :p

Reply
avatar
Cik Ash delete January 14, 2020 at 8:54 AM

Kena cuba buat sedap hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete January 14, 2020 at 8:54 AM

Mak mentua x lalu nak makan tu yang buat acar masak tu

Reply
Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement

Themeindie.com