Friday, January 3, 2020

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020 | Assalamualaikum... Hai korang, hari ini baru berpeluang nak coretkan entri dekat blog ni, nak buat macam mana kesibukan di awal tahun baru ni. Hihihi.. Orang lain sibuk dengan kesibukan anak-anak sekolah, Cik Ash sibuk dengan urusan macam-macam la yang hendak di selesaikan. Ni baru tarik nafas lega sikit.



Bermula pada 1.1.2020 , kami suami isteri sibuk dengan urusan shopping barang keperluan dapur untuk digunakan sebulan. Bulan ni macam terlebih bajet barang-barang ada yang harga tidak ada promosi. Cik Ash selalu shopping barang dapur dekat tesco jer pun.. hihihi.. 

Pada keesokan hari kami suami isteri sibuk dengan urusan di bank maybank berkenaan dengan loan suami. Sebelah petang hingga ke malam pulak kami suami isteri bawa jalan-jalan mak mentua dia teringin nak tengok udara luar. 

Pada hari ini sebelah pagi kami pergi membeli lauk pauk untuk 1 minggu makan, tahun baru ni semua harga lauk pauk naik. Ayam naik, ikan-ikan dan lain pun harga mahal pada tahun lepas. Tadi masa dekat pasar borong kat taman kenari Cik Ash beli Ayam 2 ekor RM23.00, Ikan Pelaiing 1 kilo lebih RM20, Ikan Selayang RM17 (1 kilo lebih), sotong setengah RM14.. banyak beli bekalan lauk untuk seminggu lebih ni. 

Lebih kurang pukul 9.30 sampai rumah dan operasi nak buang perut ikan, ayam dan sotong. Hari ini Cik Ash paling happy sangat suami ringankan tangan untuk menolong buangkan perut ikan dan sotong. Manakala kulit ayam Cik Ash yang uruskannya. Kerja operasi buang segala kekotoran nya cepat siap bila ada yang tolong hihihi.

Ok la korang Cik Ash undur diri dulu la, masa ni baru nak post entri , masa ni baru ada peluang nak tengok laptop dan blog. Memang sekarang Cik Ash dah kurang nak guna laptop busy dengan urusan harian di rumah hihihi.. Kalau ada peluang taip siap-siap entri nak post bila hihihi.. 

No comments:

Post a Comment