Saturday, February 29, 2020

Teringin Nak Makan Kacang Panggang Dengan Telur

Teringin Nak Makan Kacang Panggang Dengan Telur | Assalamualaikum... Hai, mesti ramai yang pelik kenapa entri bulan Februari dekat blog berkurang kan. Biasa la sibuk dengan urusan rumah dan jaga Mak mentua baru lepas keluar wad pada 4 Februari aritu. Terima kasih korang yang sudi memberikan komen dekat entri Lagu OST Drama Dua Takdir Cinta.

Teringin Nak Makan Kacang Panggang Dengan Telur 

Lama sangat entri tersimpan dalam draf baru hari ini berpeluang nak kongsi dengan korang semua pasal makanan yang dah lama Cik Ash tak makan, sebenarnya last makan menu ni masa Cik Ash belum kahwin lagi hihihi, masa tu ingat lagi aboh masakan kacang panggang dengan telur sapu dekat roti sedap sangat makan hasil masakan daripada aboh, terindu aboh la kut sampai teringin  nak makan kacang panggang dengan telur. So bila ada barang dan bahan-bahannya Cik Ash buat menu ni masa suami Cik Ash kerja pagi. 

Suami Cik Ash nampak makan la juga tapi slow sikit maybe dia tak pernah makan masakan ni. Cik Ash menu masakan sampai 3 kali makan nasi aritu hahaha.. Jom la korang tengok cara-cara Cik Ash buat Kacang Panggang Dengan Telur di bawah ni. 

Kacang Panggang Dengan Telur 

Kacang Panggang Dengan Telur 

Bahan-bahan 

3 biji telur

1 tin kacang panggang 

1 ulas bawang putih dihiris halus

1/2 biji bawang besar dihiris halus

1 biji cili hijau

Cara Membuatnya :-

1. Mula sekali kita goreng telur mata lepas itu di susun ke dalam pinggan

2. Di dalam kuali, korang panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar.

3. Goreng bawang hingga layu dan masukkan cili hijau.

4. Selepas itu masukkan kacang panggang. Letak sedikit air dalam tin tadi dan goncangkan.Kemudian tuangkan ke dalam kuali. 

5. Kacau hingga rata, Bila kuah dah sedikit pekat tu, boleh la ditutup api dan curahkan kacang panggang ke atas telur tadi.

Dalam masakan ni Cik Ash tak masukkan garam dan sebab takut la kacang panggang ni dah masin ke nanti tak pasal-pasal masin hihihi cuma letakkan sedikit serbuk perasa jer. Telur mata pulak Cik Ash goreng kuningnya dibiarkan cair sedikit bila makan sedap suami paling telur macam ni hihihi. Menu begini selalu orang makan dengan nasi dan roti kan. Kedua-dua cara ni memang sedap makan ni nak bertambah nasi pun boleh hahaha.

Ok la korang sampai disini dulu pengkongsian cerita Cik Ash bila teringin nak makan kacang panggang dengan telur ni. Jumpa lagi nanti kalau ada entri yang lain ya. Selamat memcuba resepi Cik Ash ni. Cik Ash ada juga sertakan resepi yang lain boleh tengok di koleksi #dapurcikash.

Friday, February 28, 2020

Lagu OST Drama Dua Takdir Cinta

Lagu OST Drama Dua Takdir Cinta | Assalamualaikum...Hai, cerita drama ni dah lama main dekat astro prima hari ini baru nak kongsikan dengan korang semua mengenai lagu yang ada dalam drama Dua Takdir Cinta. Dan tak lupa juga Cik Ash nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen dekat entri Tawaran 12k Jawatan Kosong 2020 di kerja kosong.co yang ingin mencari kerja kosong.

Lagu OST Drama Dua Takdir Cinta

Untuk pengkongsian hari ini Cik Ash nak kongsikan tentang lagu OST Drama Dua Takdir Cinta, berbalik pada tajuk kita tentang Lagu OST Drama Dua Takdir Cinta yang dilakon oleh Zamarul Hisyam, Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussain dan ramai lagi. Antara lagu yang terdapat di dalam drama dua takdir cinta ialah seperti di bawah ini.

Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Separuh Hatiku
Penyanyi : Asmidar
Lirik : Iman Imran
Komposer : Natasyah Annes

Manakala antara lagu-lagu lain yang terdapat dalam drama Dua Takdir Cinta ialah seperti berikut :-

Tajuk Lagu : Lara
Penyanyi : Adam Malek
Lirik : Natasyah
Komposer : Natasyah
Video Klip : https://www.youtube.com/watch?v=K0rYWp7z9j0

Tajuk Lagu : Jangan Sakiti Aku
Penyanyi : Azlan & Typewriter

Tajuk Lagu : Dirimu
Penyanyi : Bimasakti
Komposer : Jim Bimasakti
Lirik : Jim Bimasakti
Video Klik : https://www.youtube.com/watch?v=04CphBvMaWQ

Tajuk Lagu : Lihatlah Dunia 
Penyanyi : Stacy 


Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa dalam Drama Dua Takdir Cinta ni. Ada lagu yang pernah dengar sebelum dan ada yang tidak pernah dengar. So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

#ostdramaduatakdircinta
#dramaduatakdircinta
#cikash
#cikashdotcom





Thursday, February 27, 2020

Tawaran 12K Jawatan Kosong 2020 Di KerjaKosong.Co

Tawaran 12K  Jawatan Kosong 2020 Di KerjaKosong.Co | Assalamualaikum... Hai, siapa dekat sini sedang mencari pekerjaan. Tambahan pulak setahu Cik Ash Malaysia kini mempunyai lebih daripada 700,000 orang pengangur yang sedang mencari jawatan kosong 2020. Disebabkan kadar pengangguran kian meningkat gara-gara gaji yang ditawarkan sangat rendah dan skop kerja kebanyakan yang tidak sesuai. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Sosej Pulut Keluaran Produk Muslim Aisyah.

Tawaran 12K  Jawatan Kosong 2020 Di KerjaKosong.Co

Sebenarnya banyak jawatan kosong yang ada di Malaysia ni tetapi kebanyakan ramai yang tidak tahu sama ada ianya popular atau tidak. Antara jawatan yang kerap dicari termasuk jawatan kosong sabah, kerja kosong kelantan, jawatan kosong terengganu dan jawatan kosong spp

Tawaran Di KerjaKosong.Co 

Disebabkan jawatan-jawatan kosong ini la antara paling ramai orang cari dan mereka berminat. Kemungkinan kerja yang ditawarkan itu menarik dan gajinya setimpal dengan pekerjaan. Mungkin juga ada yang berminat untuk berbakti kepada masyarakat tanpa mengira gaji. 

Bagi mereka yang sedang mencari jawatan kosong, korang boleh la lawati portal KerjaKosong.Co dan boleh tengok sendiri pilihan jawatan kosong yang terdapat di sana dengan bidang korang minat. Di dalam portal jawatan kosong ini terdapat pelbagai pilihan jawatan kosong kerajaan dan juga jawatan kosonf swasta. So terpulang kepada korang la kalau rajin selalu tengok portal ini korang sangat beruntung mana la tahu ada rezeki dapat peluang berkerja di sektor kerajaan nanti kan. 

Pencarian kerja korang akan  leboh mudah dengan adanya laman web begini. Laman web ini banyak memberikan info-info kerja kosong yang terbaru, tepat, dan turut berserta dengan tips mudah untuk dapat kerja. Sama ada kerja kosong dari sektor kerajaan mahupun kerja kosong dari sektor swasta. Harap ianya dapat membantu korang yang sedang mencari pekerjaan ya. 

Bagi mereka yang selalu search google mencari laman web pekerjaan, korang mungkin akan merasa bengang dan kecewa kerana terlalu banyak laman web yang pelik-pelik yang "kononnya" memaparkan jawatan kosong yang terkini, padahal jawatan tersebut tidak wujud atau sudah tamat tarikh permohonan. Siapa tidak terkilan bila jumpa laman web macam tu bila waktu memerlukan mencari pekerjaan asyik kena tipu dengan laman web yang palsu.

Jadi korang dah tak perlu nak pening kepala, pastikan korang hanya semak jawatan kosong di laman web KerjaKosong.Co sahaja ye!!! Jangan gatal-gatal tangan nak tengok laman web lain ya. Nak lebih menyenangkan korang cepat-cepat la bookmark portal kerja kosong ni. Hari-hari korang boleh tengok update terbaru jawatan kosong disana. So jangan lupa korang berkongsi laman web ini dengan rakan-rakan, saudara mara dan sesiapa sahaja yang sangat memerlukan perkerjaan masa ini. 

Wednesday, February 26, 2020

Sosej Pulut Keluaran Produk Muslim Aisyah

Sosej Pulut Keluaran Produk Muslim Aisyah | Assalamualaikum... Agak lama tak taip entri dekat blog ni,last taip pada 16hbln hihihi, maaf la kepada korang yang menunggu ketibaan entri baru dekat blog ni ya. Sekarang Cik Ash agak kurang gunakan laptop sebab tu blog tak ada update. Banyak duk buat kerja rumah yang masih tertangguh buat slow-slow lambat la sikit dan tambahan pulak sekarang banyak layan drama korea dekat iflix dan youtube dekat hpyytv hihihihi. Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Hasil Shopping Barang Dekat Mr Diy.


Sosej Pulut Keluaran Produk Muslim  Aisyah
Sosej adalah makanan yang sangat digemari oleh semua orang kerana ianya sangat lazat, makanan ini juga mudah sangat disajikan. Dipasaran terdapat banyak jenama sosej dipasaran tetapi korang perlu berhati-hati nak memilih sosej yang dimakan kerana sosej yang mungkin mengandungi DNA babi di dalamnya. Sudah tentu korang tidak mahu termakan benda-benda yang subhah dan haram kan. 

So pada hari ini Cik Ash ingin berkongsi dengan korang semua mengenai satu produk muslim Sosej Pulut Aisyah yang berasal daripada Kelantan ni yang diperbuat daripada daging ayam segar sahaja tanpa lemak dan tiada orgon dalaman digunakan. Sosej Aisyah dibuat oleh orang Islam mengikut syariat permakanan orang Islam.

Sosej Aisyah ini dikilangkan oleh orang muslim (ibu tunggal dan anak yatim), ianya dimiliki oleh orang Islam. Menggunakan daging ayam segar tanpa lemak dan orgon dalaman. Tidak mengandungi MSG, juga tidak mengandungi perisa tambahan. Tambahan pulak penggunaan ayam yang dipantau oleh Jabatan Veterinar Kelantan dan dijamin selamat.

Cik Ash dah cuba makan sosej pulut ni, memang sedap sangat, lagi pulak pertama kali pulak tengok sosej pulut ni, tambahan pulak tidak mengandungi kandugan garam yang agak tinggi macam sosej yang pernah Cik Ash cuba sebelum ni. 

Sosej Aisyah ni sangat lembut dan enak dimakan kerana dibuat daripada isi ayam yang segar. Antara keluaran pilihan sosej ayam terdapat 3 jenis perisa iaitu.

  • Sosej ayam Aisyah - 1kg dan 0.5kg
  • Sosej pulut ayam Aisyah - 1kg dan 0.5kg
  • Sosej ayam cheese Aisyah
Untuk mengetahui lanjut mengenai produk Muslim Aisyah ni korang boleh melayari maklumat seperti di bawah ini :- 

 Facebook  dan whatsapp no di talian di dalam gambar di atas itu. 



Ok la korang Cik Ash hanya berkongsi pengalaman makan  Sosej Pulut keluaran produk Muslim Aisyah, bagi Cik Ash la bila dah cuba makan produk muslim ni boleh dikata boleh rasa terjamin dan selamat dan setanding produk jenama mulism yang lain.

Sunday, February 16, 2020

Hasil Shopping Barang Dekat Mr. DIY

Hasil Shopping Barang Dekat Mr. DIY | Assalamualaikum...Hai, malas sungguh nak buka blog sekarang hahaha, biasa la Cik Ash banyak duk buat kerja dekat rumah ni, ada jer yang masih tertangguh lagi tak buat. Tu yang jarang nak buka blog nak update blog ni. Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Lagu OST Drama Seadanya Aku

Hasil Shopping Barang Dekat Mr. DIY 

Sebenarnya entri hari ini Cik Ash nak kongsikan dengan korang hasil shopping barang dekat kedai MR.DIY tu, dikira juga kedai berhantu macam kedai ECO Shop. Kalau kedai ni suami Cik Ash masuk sekali hahaha, nak cari satu barang jah bila masuk sini semua benda nak beli hahaha. 

Barang yang Cik Ash beli dekat MR. DIY ni adalah Rak letak botol2 dlm bilik mandi,penyakut,jam dinding,bekas cute, alat cungkil tembikai,Pisau,magic span MR DIY,Pelapik, jaring sinki. Jom korang usha gambar-gambar dekat bawah ni hihihi.

pelapik

magic span

pisau

pencungkil buah tembikai

bekas cute

jam dinding

penyakut 

rak botol mandian


jaring sinki

Ok la korang itu jer hasil shopping Cik Ash di kedai MR.DIY  tu, kedai berhantu ni kalau masuk situ malam tak sedar hahaha, kalau ikut banyak lagi list barang nak ambik tapi sebab perut dah berbunyi tandanya perlu diisikan hihihi... Macam tahu la kita masuk kedai memang jadi gila semua nak ambik hihihi.. Korang selalu pergi kedai MR.DIY  mesti macam Cik Ash juga kan. hahaha.. apa yang selalu korang shopping dekat sana.

Friday, February 14, 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.





Giveaway Wang Tunai Mamapipie

Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends




Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends



  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
  • Ibusyurga.blogspot.com 
  • Sukamakanjalan.blogspot.com 
  • www.dawaibesi.com
  • www.guamansyarie.com
  • https://nikmatterbaik.blogspot.com
  • http://www.mamapipie.com
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..


  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Cik Ash tag 3 rakan blogger ajak join Giveaway ini ialah Ana SuhanaLea Azleeya dan shahadafauzi

Sunday, February 9, 2020

Lagu OST Drama Seadanya Aku

Lagu OST Drama Seadanya Aku | Assalamualaikum... Hai, Siapa dekat sini layan drama Seadanya Aku ni. Kita geng la ya. Sebelum ni Cik Ash ada kongsikan sinopsis drama ni. Eh hampir terlupa Cik Ash nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Entri Terbaik Bulan November Dan December 2019.



Untuk pengkongsian hari ini Cik Ash nak kongsikan tentang Lagu OST Drama Seadanya Aku,berbalik pada tajuk kita tentang Lagu OST Drama Seadanya Aku yang dilakonkan oleh Azlee Khairi dan Zara Zya. Antara lagu yang terdapat di dalam drama Seadanya Aku ialah seperti di bawah ini.

Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Seadanya Aku 
Penyanyi : Ippo Hafiz
Lagu : Ippo Hafiz
Lirik : Fedtri Yahya & Ippo Hafiz
Terbitan : MVM Production Sdn Bhd 

Manakala antara lagu lain yang terdapat dalam drama Setelah Ku Dimiliki ialah :- 

Tajuk Lagu : Berdua 
Penyanyi :Ippo Hafiz
Lagu / Lirik : Ippo Hafiz
Terbitan : MVM Production Sdn Bhd

Tajuk Lagu : Setiap Mahumu 
Penyanyi : Azura Aziz
Lagu : Rosli Ahmad
Lirik : Andy Sulaiman 

Tajuk Lagu : Yang Terakhir 
Penyanyi : Heedan Mohamad
Lagu / Lirik : Knight Cydeen & Danishahrin

Tajuk Lagu : Lumpuh
Penyanyi : Izzal Anuar
Lagu / Lirik : Ikhwan Fatanna & Omar K 
Terbitan : 17Seleven Music

Tajuk Lagu : Picissan 
Penyanyi : Adzrin
Lagu : Farouk Roman
Lirik : Amylea

Tajuk Lagu : Dalam Diam 
Penyanyi : Tiesha
Lagu / Lirik : Reyza Hamizan

Ok la korang itu jer antara lagu yang Cik Ash jumpa dalam Drama Seadanya Aku ni. Ada lagu yang pernah dengar sebelum dan ada yang tidak pernah dengar. So korang kalau teringin nak tengok antara lagu ost drama yang lain boleh singgah baca dekat OST Lagu Drama .

#ostdramaseadanyaku
#dramaseadanyaaku
#cikash
#cikashdotcom

Tuesday, February 4, 2020

Entri Terbaik Bulan November Dan December 2019

Entri Terbaik Bulan November Dan December 2019 | Assalamualaikum...Hai, maaf lama Cik Ash tak update entri dekat blog ni. Hampir terlupa nak kongsikan rutin harian entri terbaik untuk 2 bulan tahun 2019 dekat blog ni. Nak buat macam mana sekarang agak kurang dah nak tengok laptop lama-lama macam dulu. Jadi mood kelaut tambah pulak sibuk dengan urusan mak mentua berulang hospital lagi la malas hihihi. Sory la ya.  Terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat Drama Seadanya Aku ni. 


Seperti biasa la Cik Ash akan kongsikan dengan korang semua Entri Terbaik Bulan November dan December 2019 aritu yang terlupa nak kongsi dekat blog ni. Pada bulan November aritu entri dekat blog sempat update 3 entri jer, manakala untuk bulan December 2019 hanya dapat udpate 15 entri jer. Nampak sangat berkurang menulis pada November itu disebabkan sibuk dengan urusan mak mentua di hospital dan sibuk urusan peribadi blog ditinggalkan huhuhu...Jom la tengok antara entri terbaik yang terdapat di dalam blog Cik Ash ni mungkin ada yang korang belum berpeluang untuk baca lagi ke. 

Entri Terbaik Bulan November dan December 2019 

1. Magic Sponge Mr DIY- yang ini pulak Cik Ash saja-saja suka berkongsi selepas menggunakan magic sponge ni. Memang berkesan menghilangkan kotoran. 

2. Lagu Ost Drama Demi Rindumu -  Lagu dalam drama Demi Rindumu pun banyak yang best juga ramai yang mencari tu patut la view tinggi

3. Resepi Timun Tumis Air - Masih ada yang cari  entri resepi paling simple ni, Walaupun dah lama kongsi pada tahun 2017 lagi. Pageview entri ni dah cecah 11K view. Yang paling Cik Ash gembira berada di pages pertama google Alhamdulilah. 

4. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari - saja-saja suka kongsi resepi ramai yang cari resepi ringkas ni. Entri tahun 2018 ni. Hihihi. View untuk entri dah cecah 4K.

5. Resepi Lempeng Gula Merah - Masih berada dalam carta lagi untuk bulan ni. Entri ini dah lama juga Cik Ash kongsi dekat blog pada tahun 2017 lagi, sekarang masih ada yang mencari resepi ni Alhamdulilah, Pageview dah cecah 7k view. Manakala berada di carian pertama google juga.

6. Cara Nak Beli Dekoder MYTV Secara Online - Baru-baru ada yang sedang cari cara untuk membeli Dekoder MYTV secara online Cik Ash kongsikan caranya di blog.

7. Belajar Lukis Haiwan  - Yang ni pulak sahaja-sahaja suka nak kongsi dekat blog mana tahu nanti berguna untuk Cik Ash bila ada anak ke kan. Tak pun bagi anak saudara belajar.

8. Nasi Lemak Kelantan - Ni pun saja-saja nak kongsi resepi Cik Ash buat nasi lemak, tak sangka la view resepi selalu naik dekat blog.

9. Lagu Ost Drama Lelakimu Yang Dulu  - Lagu dalam drama ini banyak yang best maybe sebab tu ramai yang view.

10.  Lagu Ost Drama Demi Rindumu  - Lagu dalam drama Demi Rindumu pun banyak yang best juga ramai yang mencari tu patut la view tinggi.

11.  Resepi Singgang Ayam Yang Ringkas - Pertama kali cuba buat singgang ayam alhamdulilah sedap dimakan dan boleh diterima makan hihihi. View untuk entri dah cecah 1K.

12. Lagu Ost Drama Adellea Sofea - Lagu dalam drama ni semuanya best-best.

13. Drama Adellea Sofea Slot Akasia - Ramai juga yang nak baca sinopsis drama ni, tapi sinopisi tak sama dengan jalan cerita drama ni. Hihihi.

14.  Lagu Ost Drama TQ Captain - Lagu dalam drama ni tak banyak hanya dua jer tapi ada juga nak tahu lagu dalam drama ni hihihi.

Hanya 14 entri yang terbaik untuk November dan December 2019 aritu. Cik Ash tengok dalam senarai diatas ni kebanyakannya entri koleksi #dapurcikash ,ost lagu dan lain-lain. Ok la korang selamat membaca entri terbaik Cik Ash ni ya. Jumpa lagi nanti kalau ada masa Cik Ash update lagi. hihihi.