-->
banner

Teman Hebat

TERBARU BY CIK ASH

Saturday, February 29, 2020

author photo
Teringin Nak Makan Kacang Panggang Dengan Telur | Assalamualaikum... Hai, mesti ramai yang pelik kenapa entri bulan Februari dekat blog berkurang kan. Biasa la sibuk dengan urusan rumah dan jaga Mak mentua baru lepas keluar wad pada 4 Februari aritu. Terima kasih korang yang sudi memberikan komen dekat entri Lagu OST Drama Dua Takdir Cinta.

Teringin Nak Makan Kacang Panggang Dengan Telur 

Lama sangat entri tersimpan dalam draf baru hari ini berpeluang nak kongsi dengan korang semua pasal makanan yang dah lama Cik Ash tak makan, sebenarnya last makan menu ni masa Cik Ash belum kahwin lagi hihihi, masa tu ingat lagi aboh masakan kacang panggang dengan telur sapu dekat roti sedap sangat makan hasil masakan daripada aboh, terindu aboh la kut sampai teringin  nak makan kacang panggang dengan telur. So bila ada barang dan bahan-bahannya Cik Ash buat menu ni masa suami Cik Ash kerja pagi. 

Suami Cik Ash nampak makan la juga tapi slow sikit maybe dia tak pernah makan masakan ni. Cik Ash menu masakan sampai 3 kali makan nasi aritu hahaha.. Jom la korang tengok cara-cara Cik Ash buat Kacang Panggang Dengan Telur di bawah ni. 

Kacang Panggang Dengan Telur 

Kacang Panggang Dengan Telur 

Bahan-bahan 

3 biji telur

1 tin kacang panggang 

1 ulas bawang putih dihiris halus

1/2 biji bawang besar dihiris halus

1 biji cili hijau

Cara Membuatnya :-

1. Mula sekali kita goreng telur mata lepas itu di susun ke dalam pinggan

2. Di dalam kuali, korang panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar.

3. Goreng bawang hingga layu dan masukkan cili hijau.

4. Selepas itu masukkan kacang panggang. Letak sedikit air dalam tin tadi dan goncangkan.Kemudian tuangkan ke dalam kuali. 

5. Kacau hingga rata, Bila kuah dah sedikit pekat tu, boleh la ditutup api dan curahkan kacang panggang ke atas telur tadi.

Dalam masakan ni Cik Ash tak masukkan garam dan sebab takut la kacang panggang ni dah masin ke nanti tak pasal-pasal masin hihihi cuma letakkan sedikit serbuk perasa jer. Telur mata pulak Cik Ash goreng kuningnya dibiarkan cair sedikit bila makan sedap suami paling telur macam ni hihihi. Menu begini selalu orang makan dengan nasi dan roti kan. Kedua-dua cara ni memang sedap makan ni nak bertambah nasi pun boleh hahaha.

Ok la korang sampai disini dulu pengkongsian cerita Cik Ash bila teringin nak makan kacang panggang dengan telur ni. Jumpa lagi nanti kalau ada entri yang lain ya. Selamat memcuba resepi Cik Ash ni. Cik Ash ada juga sertakan resepi yang lain boleh tengok di koleksi #dapurcikash.
your advertise here

This post have 0 komentar

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement

Themeindie.com