Friday, March 6, 2020

author photo
Eh Dah Masuk Bulan March 2020 | Assalamualaikum... Hai, uishhh sedar tak sedar sekejap jer  rasa dah masuk bulan baru iaitu bulan March 2020 dan.  Bulan ketiga di tahun 2020. Semoga apa yang dirancang tahun akan dipermudahkan nanti. Eh hampir terlupa nak ucapkan terima kasih kepada korang yang sudi memberi komen dekat entri Teringin Nak Makan Kacang Panggang Dengan Telur

Eh Dah Masuk Bulan March 2020 

Untuk bulan Januari dan Februari aritu entri dekat blog tak banyak update, biasa la nak ambil mood kembali menulis agak payah hihihi, kadang ada jer entri nak tulis tapi sekerap jalan. Tambah Cik Ash agak sibuk sikit kerap bawa mak mentua medical checkup di hospital dengan masalah kesihatan beliau dan sibuk dengan urusan dekat rumah hahaha, Cik Ash banyakkan buat kerja aktiviti di rumah dan layan drama melayu, drama korea dan lain-lain.

Sepanjang bulan Januari aritu entri dekat blog 12 entri dan untuk bulan Februari pulak sebanyak 8 entri. Nampak bulan Februari tu sedikit kan, sebenarnya mak mentua Cik Ash dimasukkan hospital  pulak  pada 1 Februari akibat asma dan jangkitan kuman di paru-paru. dalam 5 hari di tahan dalam wad selepas itu Dr benarkan balik rumah. Selepas itu pada 26 Februari mak mentua diserang asma kembali kami suami isteri bawa mak mentua dekat jabatan kecemasan untuk sedut  gas menunggu dekat sana dari pukul 5.30 petang hingga pukul 4 pagi dekat sana. Dekat sana Cik Ash mengantuk sangat kepala dah ting tong tak cukup tidur menunggu. Sambil-sambil baca kisah Cik Ash ni apa kata korang n baca entri yang Cik Ash kongsi pasal makanan dekat bawah ni :- 

👉Teringin Nak Makan Kacang Panggang Dengan Telur


Cik Ash sempat juga shopping barang dekat Eco shop dan MR.diy nak tahu barang apa yang Cik Ash beli korang boleh baca dekat entri di bawah ni :-




Ok la korang semua, entri pertama di bulan March taip semalam pagi baru nak  publish hahaha, biasa sibuk dengan urusan rumahtangga hihihi... Maafkan Cik Ash ya agak lewat berkongsi cerita dekat blog hari ini. Jumpa lagi nanti.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post