Wednesday, April 15, 2020

Koleksi Siri Novel RAM Laksamana Sunan

Koleksi Siri Novel RAM Laksamana Sunan | Assalamualaikum.... Ambik engkau sebab buka laptop maka hari ini kita update entri bertingkat-tingkat la tu post hari kesian-kesian hahaha, biasa la bila mood menulis datang ada jer nak kongsi dekat blog ni. Terima kasih yang sudi membaca dan memberi komen dekat Bila Suami Masuk Dapur.

Koleksi Siri Novel RAM Laksamana Sunan

Siapa dekat sini peminat novel mesti pernah mengenali penulis novel Ramlee Awang Murshid, beliau merupakan seorang novelis seram yang banyak memenangi sayembara penulisannya antaranya ialah melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf sebagai pemenang kedua hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. 

Banyak novel beliau yang diterbitkan kebanyakan kisah yang seram hihihi, antara koleksi novel beliau yang Cik Ash ada dalam simpanan Fisyen 2020, Ungu Karmila,Rahsia Perindu dan Koleksi Laksamana Sunan ni. Tambahan lagi koleksi Laksamana Sunan ni seluruh ahli keluarga Cik Ash meminatinya.

Di antara novel Ramlee Awang Murshid ada yang telah dilayarkan ke filem antaranya Tombiruo dan kalau tak silap Cik Ash satu lagi Ungu Karmila tapi belum ada lagi dikeluarkan.

Kalau korang nak mengikuti penceritaan kisah perjuangan Laksamana Sunan ni korang kena lengkapkan kesemua koleksi novel ni. Sebab cerita setiap novel ada berkait-kait dengan plot yang lepas-lepas ada yang ulang-ulang kembali kisahnya. Ni la hasil koleksi yang Cik Ash kumpul dari novel Bagaikan Puteri, 



1. Bagaikan Puteri - Novel pertama beli pada tahun 2006 pertama kali dapat gaji kerja hahaha.. 

2.  Cinta Sang Ratu - Pinjam novel adik nanti habis baca Cik Ash bagi balik hahaha. 

3. Hijab Sang Pencinta - Beli novel ni pada tahun 2008 setiap kali gaji masuk mesti beli satu hahaha. 

4. Cinta Sufi - Beli novel ni pada tahun 2010, seperti biasa bila gaji kita beli novel la. 

5. Sutera Bidadari - Beli novel ni pada tahun 2011, sama la gaji mesti beli hahaha.

6. Sunan Musafir - Beli novel ni pada tahun 2012, sama la juga saat-saat akhir berkerja sebagai kerani hihihi. 

7. Sunan Nanggore -Novel ni paling istimewa sebabnya suami beli diletakkan di atas hantaran kahwin pada bulan Mei tahun 2014 hihihi. 

8. Sunan Cinta Nan Sakti - Novel ni suami belikan dia tahu isteri minat Novel RAM hahaha, beli pada tahun 2015.

9. Saifudin Jalis - Akhir sekali ni Cik Ash beli sendiri itu pun suami tak bagi guna duit Cik Ash tapi Cik Ash kata sekali sekala shopping apa salahnya kan So akhirnya dapatkan jugak novel setelah banyak halangan yang tak dapat dielakkan masih baru lagi buku.

Ok la korang Cik Ash out dulu ya, jumpa lagi nanti, jom kita membaca novel menghilangkan boring. 

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com