Wednesday, April 29, 2020

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!Assalamualaikum... Selamat berpuasa buat semua rakan-rakan yang sudi singgah baca dan memberi komen dekat blog Cik Ash ni. 1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi,ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah yang istimewa setara dengan masakan ibu di rumah. 

Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

Kepelbagaian Rasa dan Testur Rendang 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resepi istimewa masing-masing dalam membuat rendang. 

Rendang Bagi Yang Baru Mencuba

Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan?

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim.

Bagi membantu anda menghasilkan juadah yang stara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri. Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resepi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resepi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skil anda membuat rendang. Jadikan resepi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa mengunakan santan kelapa yang terbaik.


Bagi kami, sudah pastilah kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resepi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020 . 

Resepi Rendang Daging 


Resepi Rendang Daging 

Tempoh memasak : 2 jam 
Hidangan : 8 

Bahan-bahan 
Rempah 
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melak secukup rasa
Garam secukup rasa

Pes (kiar halus)
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5 halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Daging
1kg daging lembu, dipotong kiub

Santan kelapa
1 liter santan kelapa Ayam Brand pilihan anda
Minyak untuk mengoreng
1 cawan air

Cara Membuatnya :- 

1. Kisar bahan pes menggunakan blender.

2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau. 

3. Masukkan daging dan gaul dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperanan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.

4.Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih. 

5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air dan teruskan mengacau supaya daging tdak melekat pada kuali. 

6 Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan guka melaka. 

7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah. 

8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering. 

9 Hidangkan serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.

Apakah Resepi Istimewa Rendang Anda

Hadiah-hadiah menarik menanti anda!! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hastag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ' Apa Rahsia Rendang Anda' Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi.

Mengenai Ayam Brand 

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengadungi MSG tambahan, Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi stardard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diaki halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.

2 comments:

  1. Musim PKP ni memang selalu pastikan stok santan Ayam Brand ada kat dapur 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan betul tu kak farah rumah ni stock santan ayam brand yang ada

      Delete

ash.rie8506@gmail.com