Tuesday, June 9, 2020

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah

7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah | Assalamualaikum... Sepanjang PKP mesti ibu,mama,mummy,ummi diluar sana pening nak memasak menu apa kan. Jangan risau sekarang tak perlu risau guna jer produk Ayam Brand boleh memasak hidangan yang cepat. Terima kasih kepada yang sudi membaca entri Idea Hadiah Bayi Anda Dengan Premium Bamboo Baby Gift Dan Essential Dari RAPH & REMY.


7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam Brand #DudukRumah

Anda telah menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara anda yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak mahal.

Apa yang boleh anda lakukan?

Mari sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Hidangan ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika anda tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa anda. Tiada dapur api atau ketuhar? Anda boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini.

Baca juga :  Makanan Super Sangat Mampu Milik Yang Ada Di Dapur Anda


1.   Satu Pan Kacang Panggang dengan Telur

Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Anda boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, anda hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan.



2.   Pizza Tuna

Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya anda berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa anda dan tambah sedikit jagung manis Ayam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati.
https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html




3.   Nasi Lemak Pandan

Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi anda. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enakhttps://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html


4.   Pasta Sardin

Seminggu anda telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Mmmm. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html


5.   Kari Mackerel

Tidak pernah masak kari tapi anda teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah hidangan ringkas dan anda juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia.

6.   Kentang Tuna Pedas

Anda hanya perlukan kentang, satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk hidangan ini. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang anda ada. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html


7.   Sardin Gulung Goreng

Raikan kejayaan anda dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan.

Layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html  untuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand. Sehingga tempoh PKP tamat, kekal di rumah dan kekal sihat.

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com