Monday, June 1, 2020

author photo
Bila Suami Request Menu Raya | Assalamualaikum... Hai, Lamanya peram entri ini dalam draf hari ini baru nak kongsi dekat blog hahaha, masih lagi dalam musim raya ni boleh kongsi entri biskut raya jer pun. Terima kasih kepada korang sudi membaca entri Antabax Ganding Bahu Bersama MYDIN Kutip Dana Amal.

Bila Suami Request Menu Raya

Kalau ikut rancang raya tahun ni nak balik kampung di Kelantan tetapi terpaksa batalkan niat itu kerana kementerian kesihatan tak benarkan rentas negeri balik kampung kerana untuk menghapuskan virus Covid-19 ni.

Tambahan pulak aboh dan ma kategori warga emas yang berisiko fikir dulu kan, dan pulak mak mentua Cik Ash termasuk dalam senarai kategori warga emas so fikir banyak kali jugak.Suami pulak kebetulan tahun ni dapat cuti raya banyak tak seperti tahun lepas tapi sayang tak dapat nak balik kat Kelantan dia pun request biskut raya dan menu siap kata nak buat sendiri beli barang keperluan.

Yang paling best dia turut membantu Cik Ash buat biskut kalau buat seorang tak larat la dengan bulan puasa ni letih. Tetapi kan bila buat berdua asyik duk bergaduh manja-manja hahaha Cik Ash sedia bahan ada jer tak kena dimatanya kalau bab susun adunan yang siap bentuk dalam air fryer nak kena susun tersusun biar cukup ruang.

Memang penat tenaga sikit bila buat biskut ni, tambah kalau buat waktu siang hari dengan dahaga, tahan lapar hahaha, kalau tak leh puasa lain boleh gak rasa hihihi... Antaran sebahagian biskut dan menu raya yang suami request nak makan adalah biskut choco malt tesco,biskut semperit klasik, biskut kelapa, biskut semperit susu, biskut kacang mazola, popia coklat nestum dan tart nenas (tak sempat buat lagi). 

Biskut Kacang Mazola

Biskut Choco Malt

Manakala untuk menu makanan untuk raya pulak suami request raya pertama nak makan nasi impit, kuah kacang dan sambal. Raya kedua pulak suami nak makan lemang yang kakak suami dan pak saudara suami bagi alhamdulilah rezeki suami tahun ni nak makan, Lemang mesti la makan dengan rendang baru best kan suami request Cik Ash buat tahun ni, buat pertama kali buat rendang disebabkan tak balik kampung teringin nak makan rendang resepi ma siap call di kampung tanya apa bahan-bahan yang di letak dalam rendang. Masa zaman tak kahwin dulu tak mahu nak salin resepi ma hahaha sekarang baru nak kalut sebab suami suruh masak aduhaiii.

Menu Raya pertama
menu raya kedua

menu raya ke 4 
menu raya ke 5

Itu jer antara menu yang sempat Cik Ash buat dan snap gambar kalau handphone ada berdekatan dengan Cik Ash. Hari ini baru sempat kongsi dekat blog sebab suami Cik Ash dah start berkerja setelah lama bercuti. Sepanjang suami ada rumah laptop jadi miliknya hihihi. Jumpa lagi nanti entri yang bakal menyusul nanti.. 

This post have 2 komentar

avatar
ejulz delete June 1, 2020 at 3:30 PM

Wahhhh. Sedap semuanya..

Jemput join segmen 👇

https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

Reply
avatar
Silah Hassy delete June 1, 2020 at 9:43 PM

Banyak biskut raya tu berbalang balang.. 😅 selamat hari raya...

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post