Thursday, July 2, 2020

Resepi Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara

Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara | Assalamualaikum... Selamat Pagi semua, hari ini Cik Ash berkongsi dengan korang semua entri menu masakan #dapurcikash. Sebenarnya menu Tauhu Bersalur TeLur ni Cik Ash buat pada 27 Jun 2020 aritu. Disebabkan tak tahu nak masak apa hahaha, nak buat telur macam dah puas asyik telur dadar ke. So terlintas dalam fikiran nak buat ala-ala kuih cara hahaha. Sebelum korang tengok resepi dekat bawah ni apa kata korang baca dulu entri Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Kembali Di Kaca TV3.



Sebelum ni Cik Ash pernah kongsi resepi Tauhu Sumbat Goreng Yang Mudah. Cara senang dan mudah. Korang boleh la terjah tengok resepi tu nak mencubanya nanti. Jom la usha resepi di bawah ini. 

Resepi Tauhu Bersalut Telur 



Bahan-bahan
2 biji telur
Bayam brazil
4 biji Cili padi
1 tauhu
1 sudu kfc pati sedap

Cara membuatnya : 

1. Hancurkan tauhu hingga lumat. 
2. Pecahkan telur dalam mangkuk masukkan tauhu.
3. Kacau-kacau bagi sekata tauhu itu bersalut dengan telur.
4. Masukan bayam brazil, cili padi dan 1 pati sedap.
5. Panaskan acuan kuih cara , bila dah panas boleh la masukkan bacuhan tauhu telur tadi.
6. Goreng atas api yang sederhana hingga masak kekuningan. 
7. Siap boleh dimakan dengan nasi yang panas. 



Saja-saja cuba buat menu macam sekali sekala sedap juga suami dan mak mentua tak puas makan hahaha, biasa rumah ni kalau ada masakan sedap mesti tak puas makan. Bila buat berulang kali mesti tak nak makan dah.Sebab tu tukang masak ni pening nak memasak untuk orang kalau untuk diri senang bakar ikan or ayam makan sayur jer hahaha..

Ok la itu jer Tauhu Bersalut Telur Guna Acuan Kuih Cara di makan dengan nasi putih di hidang lepas makan dengan gulai daging dan  sambal jantan sedap molek.

Hasil Pencarian

Hasil carian 

#dapurcikash
#sayamasak
#cooking
#masakapatu
#food
#foodblogger
#cikashdotcom
#bloggermasakan

No comments:

Post a Comment

ash.rie8506@gmail.com