Sunday, August 30, 2020

author photo
Drama Bidadari Kiriman Tuhan Di Slot Megadrama Astro Ria | Assamualaikum... Siapa sini minat Mira Filzah berlakon jangan lepaskan peluang korang tengok lakonan Mira Filzah dalam Drama Bidadari Kiriman Tuhan. Daripada pengarah yang sama cuma watak hero sahaja berubah kalau sebelum ni Lelaki Kiriman Tuhan watak hero dimainkan oleh Remy Ishak. Untuk Drama Bidadari Kiriman Tuhan ni watak hero dimainkan oleh Zul Ariffin. Tak lupa juga kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Drama Thailand Yang Best Untuk Di Tonton



Sinopsis Drama Bidadari Kiriman Tuhan
Drama ini mengisarkan tentang pasangan kembar seiras iaitu Manis dan Manja yang telah jatuh cinta dengan lelaki yang sama iaitu Cikgu Yusof (Zul Ariffin)

Manis seorang guru tadika yang berusia 25 tahun serta kembar seirasnya Manja yang mengidap peyakit autisme. Manis dan Manja hidup bersama dengan ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul oleh Manis. 

Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah yang bernama Yusof dan akibatnya hubungan dengan manja tergugat. 
Apa akan terjadi dengan hubungan mereka, nak tahu kesudahan drama ini kena tengok la ya. Hahaha/ 

Cik Ash setakat sini masih belum layan lagi drama ni, nanti ada mood nak layan la drama melayu sekali sekala, asyik duk layan drama korea, china, taiwan dan lain-lain jer. Hahahaha...

Pelakon Drama Bidadari Kiriman Tuhan 
Drama ini menyatukan gandingan pelakon Mira Filzah dan Zul Ariffin. Tutut membantu dalam drama ni ialah Zarina Zainuddin, Ruminah Sidek, Maisara Sufia, Adlin Aman Ramlie, Fauziah Nawi ,Ruzaidi Abd Rahman dan ramai lagi. 

Terbitan Pengarah Dan Produksi 
Drama Bidadari Kiriman Tuhan diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh syarikat terbitan Opera Klasik Sdn Bhd.

Lagu Tema Drama Bidadari Kiriman Tuhan 
Tajuk Lagu : Wajah Kekasih 
Penyanyi : Datuk Seri Siti Nurhaliza 
Komposer : Adnan Abu Hassan 
Lirik : Hani M.J

Untuk lagu sisipan lain dalam drama ni nanti Cik Ash kongsikan di entri yang lain ya. 

Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 63 pada tahun 2020 yang meninggalkan sejarah kerana tahun ni akan ada ke detik 12 malam pesta bunga api macam sebelum ni, nantikan la di depan kaca TV korang. Tahun ni kita sambut hari kemerdekaan dengan suasana normal baru disebabkan MALAYSIA kita dilanda pademik Covid-19. Ingat la jaga SOP dan patuhi nasihat daripada KKM. #kitajagakita .

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post