Tuesday, September 29, 2020

author photo

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Dan Geran Khas Prihatin  | Assalamualaikum...Hai, berita baik buat anda yang pernah menerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ni, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  telah membuat pemgumuman berkenaan dengan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang berjumlah RM7 bilion yang meliputi Program Subsidi Upah 2.0 sebanyak RM2.4 bilion Gerak Khas Tambahan yang bernilai RM600 juta.



Bantuan Prihatin Nasional 2.0  merupakan tambahan bantuan kewangan dalam pakej "Kita Prihatin yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya kepada individu dan juga perniagaan yang terjejas pendapatannya situasi sekarang.

Antara pakej ransangan telah diumumkan oleh kerajaan untuk membantu  rakyat daripada segi keluarga,individu hinggalah syarikat yang masih terjejas pada waktu ini.



Berikut adalah jumlah bayaran tambahan BPN 2.0 mengikut isi rumah masing-masing :-

  • Pertama - RM1000 kepada 3.7juta isi rumah B40
  • Kedua - RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang
  • Ketiga - RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  • Keempat - RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Tarikh Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali secara ansuran, untuk Fasa Pertama pada hujung bulan Oktober 2020 dan Fasa Kedua pulak pada bulan Januari 2021, Untuk Golongan B40 akan menerima bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan kali keduanya pada bulan Januari 2021 sebanyak RM300.

Cara Semak BPN 2.0

Bagi penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi LHDNKategori kelayakan BPN 2.0 ini adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020. Bagi mereka yang tidak layak boleh mengemukakan permohanan baru atau rayuan pada tarikh yang sama.
P




Geran Khas Prihatin (GKP)

Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) ianya merupakan bantuan kewangan secara one-off kepada mereka yang mempunyai Perusahaan Kecil & Serdahana (PKS) mikro yang berjumlah RM3000 untuk meringankan beban perniagaan disebabkan situasi wabak covid 19 ini.

Untuk permohanan Geran Khas Prihatin (GKP) akan dibuka semula pada 1 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2021. Pembayaran terus dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang berdaftar pada permohanan GKP 2.0. Untuk pembayaran GKP dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai BPN 2.0 boleh layari Portal Malaysia

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post