Tuesday, September 22, 2020

author photo
Drama Kampung People 2 Kembali Lagi | Drama ini pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2019, tahun ni kembali lagi dengan gelagat dan telatah family Mona. Drama ini kembali menghiburkan malam anda pada hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di Slot Lestary.




Masih mengekalkan watak-watak utama drama sebelum ini,antara pelakon yang menjayakan drama ini adalah Elly Mazlein,Rashidi Ishak,Riena Diana dan Hun Haqeem. Drama ini bermula pada 17 September 2020.

Drama Kampung People 2 arahan Wan Zainuddin terbitan KL Motion Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Kamarul Eqifshah,Namron,Razak Ahmad,Shah Kimin, dan ramai lagi. Sebanyak 13 Episode,mula ditayangkan pada 17 September 2020. Razif berkerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli,polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap.

Sinopsis Drama Kampung People 2
Drama Kampung People 2 ini mengisahkan kehidupan keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Suhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis telah dibubarkan.Namun kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung.

Disebabkan rindu kepada Jaafar (Huq Haqeem) dan Laila (Riena Diana) berjaya meyakinkan bapanya untuk berpindah semula ke kampung.

Demi nak memujuk isterinya Mona, Razif terpaksa berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis,mereka sekeluarga perlu berpindah ke kampung dengan kadar segera. 

Di dalam drama Kampung People 2 akan penampilan watak baru iaitu Adibah Noor sebagai ibu Mona, Hazif sebagai Karim dan Kismah Johar sebagai Madamme Mah). 


Pelakon Drama Kampung People 2
Drama ini menampilkan pelakon Elly Mazlein,Rashidi Ishak,Riena Diana,Kamarul Eqifshah,Hun Haqeem,Haziq Fadhullah,Razak Ahmad,Haeriyanto Hassan,Shah Kimin,Nazeri Md Isa,Shahril Sarjen,Lizart Rashid,Adibah Noor,Fizz Fairuz,Kismah Johar, Nam Ron.


Cara Nak Tonton Drama Kampung People 2 
Kepada anda yang terlepas untuk menonton drama Kampung People 2 ini, anda juga boleh memuat turun aplikasi iQlYl untuk menonton secara percuma drama Kampung People 2.

Kalau anda malas nak memuat turun aplikasi anda juga menonton streaming di www.iq.com.


This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post