Saturday, September 26, 2020

author photo

Drama Perempuan Tanpa Dosa Di Slot Megadrama | Drama ini adalah merupakan adaptasi novel Perempuan Tanpa Dosa karya oleh Fatinilam Sari Ahmad akan ditayangkan di Slot MegaDrama, yang akan menggantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan. Terima kasih yang sudi membaca entri 




Pelakon Drama Perempuan Tanpa Dosa

Drama ini menyatukan kembali gandingan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose, turut dibantu oleh pelakon lain iaitu Uyaina Arshad,Hilal Azman, Yusuf Bahrin,Zac Zaky,Susan Manen dan Shaza Bae.


Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama Perempuan Tanpa Dosa ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Dijangka akan ditayangkan pada bulan Oktober 2020 pada hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam hingga 11 malam.


Baca :Drama Titian Takdir Di Slot Lestary


Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa

Drama mengisahkan tentang Datuk Majid yang terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya,Lily dengan Rizal demi menjaga maruahnya. Namun begitu Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya.Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya.


Saat perasaan sayang dan kasihnya pada Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie pula datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah.


Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu menerima kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya.


This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post