Wednesday, September 16, 2020

Jubah Lama Kita Alter Jadi Blouse

Jubah Lama Kita Alter Jadi Blouse | Assalamualaikum... Hai selamat petang  semua, lama bercuti menulis blog, biasa la bila mood kelaut tak ada menulis entri dekat blog ni. 


Sebenarnya hari ini saja-saja nak kongsi hasil kerja diam-diam Cik Ash dekat rumah ni, kiranya terlebih rajin la juga ni hahaha, sambil-sambil tengah mengemas beg susun baju kurung terjumpa la jubah yang dah lama tak pakai last pakai masa raya tahun 2015 la kut hahaha.. Lepas pada itu dah tidak pakai gara-gara baju jadi singkat bila di basuh. Jubah tu Cik Ash beli yang dah siap jahit dalam katolog masa tu kak ipar dia meniaga barang dalam katalog.

Masa nak kerat labuh jubah tu Cik Ash cari baju blouse yang sedia ada dekat rumah ni tekap baju blouse tu dekat jubah.. Hahaha. Senang kerja tak payah susah nak buat pola. Pejam mata masa nak kerat labuh jubah tu sebab sayang hahaha.




Bukannya banyak pun kerat labuh baju tu.. Lebih kain jubah tu Cik Ash buat seluar pendek boleh pakai tidur malam hahaha.. Macam-macam la Cik Ash ni buat ada jer yang menjadi. Sekarang jahit pakai tangan jer dulu. Tunggu ada mesin jahit kita cuba guna mesin jahit nanti.. Mesin jahit ada dekat Kelantan nuh adik bongsu Cik Ash bagi hadiah. Nak balik Kelantan tak tahu bila lagi mari dengan situasi sekarang Malaysia dan kesihatan Mok yang tak menentu asyik berulang masuk wad jer. Ujian Allah uji sekarang harap dirini bertabah dah sabar menempuh ujian ni.

Jom la usha hasil kerja Cik Ash alter jubah jadi blouse boleh la guna bila nak pergi mana-mana nanti. Pakai dengan seluar ataupun skirt. Hihihi...

Ok la korang itu jer Cik Ash kongsi dengan korang semua mengenai pengalaman alter jubah lama menjadi blouse perasaan teruja hasil kerja tak dapat digambarkan.

1 comment:

ash.rie8506@gmail.com