Monday, September 7, 2020

author photo

Majlis Pelancaran Logo Muslim-Friendly Accomadation Recogation | Assalamualaikum...Selamat pagi.. Pada 3 September 2020 baru-baru ni telah berlansungnya pelancaran logo muslim-friendly accomadation recogation.



Islamic Tourism Centre merupakan salah satu 13 agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang telah memperkenalkan Muslim-Friendly Accomadation Recogation (MFAR). Pengiktirafan ini merupakan yang pertama di dunia yang diberi pengiktirafan dari badan agensi kerajaan. 

Pelaksanaan MFAR bukan sekadar menetap standard akan tetapi memberi peluang untuk lebih jauh memasuki pasaran pelancong Muslim dan non-Muslim. Konsep 'mesra Muslim' telah mulai dapat daya tarikan di beberapa negara di dunia. Konsep ini memfokuskan pada kepentingan memenuhi keperluan dan kemudahan bagi pelancong Muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, kemudahan tandas, makanan, makanan halal, dan pengalaman rohani yang ditawarkan oleh hotel. 




Bagi memastikan inisiatif ini terus memberi mometum yang berterusan industri perhotelan negara, majlis pelancaran logo telah disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Logo tersebut akan memberi penjenamaan kepada hotel dan juga memberi keyakinan dan keselesaan kepada pelancong Muslim. 





Sidang media Pelancaran Logo Muslim-Friendly Accomadation Recogation telah berlangsung di tempat seperti berikut :- 

Aturcara Program 
Tarikh : 3 September 2020 
Masa : 1.30pm (Pendaftaran) 
Tempat : Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA. 

Mengenai Islamic Tourism Centre 

Islamic Tourism Centre (ITC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang ditugaskan untuk membangunkan sektor pelancongan Islam Malaysia dalam kapasiti penyelidikan, risikan pasaran, latihan, pembangunan industri dan pertukaran maklumat. 

ITC juga menjadi pakar rujuk berkaitan pelancongan Islam kementerian pemegang taruh dan juga penggiat industri. 

Menyedari potensi global pelancongan Islam, ITC sentiasa mengadakan hubungan dengan pihak berkepentingan dan penggiat industri untuk memastikan bahawa Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan pelancongan Islam  dan menggunakan pelancongan mesra Muslim sebagai kaedah untuk mepromosikan muhibah di kalangan umat manusia.

1 komentar:

avatar
NA delete September 7, 2020 at 10:43 PM

Bagus juga ada ITC. Harap banyak tempat mesra Muslim.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post