Thursday, October 29, 2020

author photo

Buat Agar-Agar Cara Paling Mudah | Assalamualaikum...Hai, hari ini Cik Ash nak berkongsi masakan dari #dapurcikash. Ni terajin nak tulis sebab cara buatnya paling mudah. Cik Ash guna jer bahan-bahan yang tersedia ada dekat rumah ni. hihihi.



Agar-agar ini sedap dimakan ketika cuaca panas, makan sejuk-sejuk dari dalam peti ais fuhhh sedap sangat. sejuk tekak ni. Cik Ash buat dua perisa agar-agar iaitu perisa manggo dan perisa bandung.


👉Baca : Resepi Puding Karamel Tanpa Telur


Yang perisa Manggo itu Cik Ash guna Jus manggo yang dalam botol nama Nutrifes tu, manakala yang bandung guna rose double lion. Hidangan agar-agar ini boleh dijadikan juadah untuk tertamu yang datang rumah kita ke.Tambah kalau kita buat sendiri lebih jimat dan dan terjamin dengan kebersihannya. Jom tengok resepinya di bawah ni. Selamat mencuba!



Resepi Agar-Agar Cara Paling Mudah


Bahan-bahan

Agar-agar tali (1 bungkus)

Air 2500ml

1 cawan gula 

1 tin susu cair

3 sudu besar perisa Maggo

2 Sudu besar rose 


Cara Memasak :

1. Rendam agar-agar tali dengan biasa dulu sehingga kembang. Toskan airnya.


2. Masukkan agar-agar dalam periuk rebus bersama air dan gula mengikut sukatan. Masak sehingga agar-agar dah cair tak tali dah.


3. Masukkan susu cair kacau hingga sebati dan lepas tu masukkan perisa yang kita nak tu dalam periuk kacau hingga warna sebati.


4. Bila dah mendidih tutup la api, siap boleh dituangkan ke dalam acuan bekas ke atas apa-apa bekas yang ada dekat rumah.. Cik Ash guna bekas yang ada dekat rumah banyak hahaha, selalunya duk tersimpan dalam almari waktu la kita guna kan.


5. Masukkan kedalam peti ais, dalam beberapa jam dah boleh dimakan sedap pulak agar-agar ni. Malam tu Cik Ash seorang makan sebekas hahahaha..


Dulu-dulu zaman anak dara tak pernah nak buat agar-agar ni hahaha, bila jadi surirumah ada jer kita nak buat nak bagi suami makan kan, hihihi, kalau korang nak lihat resepi lain lagi boleh singgah di link bawah ni. 


👉Baca : Koleksi Resepi Dapur Cik Ash

This post have 3 komentar

avatar
Cik Puan Ena delete October 29, 2020 at 8:42 AM

Senang resepi ni tapi malas btol nak buat. Hahahah.. Ngada kan. Tp niat nak buat jgk nnti ntk stok anak.

Reply
avatar
Husniey Husain delete November 1, 2020 at 6:35 PM

Mudah sebenarnya kan. Kena tiup semangat rajin nii.. Sedap tengok

Reply
avatar
Cik TK delete November 2, 2020 at 10:32 PM

Senang je nak buat kan.. tapi kan... Hehe malas. Makannya nak.. hahaha

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post