Friday, October 2, 2020

author photo
Drama 7 Hari Mencintaiku Bakal Ada Siri 3 Pada Tahun Hadapan | Assalamualaikum... Hai, Cik Ash ada berita baik buat peminat drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang mendapat sambutan luarbiasa, telah mencatatkan lebih 12 juta penonton sepanjang 33 episod bersiaran, dengar kata akan ada siri 3 bakal disambung pada tahun hadapan.



Petikan perbualan daripada Novelis dan penerbit 7 Hari Mencintaiku 2 iaitu Siti Romizah berkata, dia sangat bersyukur dengan kejayaan tersebut lebih-lebih lagi kerana mendapat sokongan ramai peminat sehingga menerima permintaan untuk menyambung lagi siri itu. 

"Saya berterima kasih dengan sokongan padu yang diberikan oleh para penonton dan juga peminat karya-karya saya. Oleh itu, saya libatkan diri sebagai penerbit 7 Hari Mencintaiku 2 ini untuk memastikan keaslian kandungan novel saya seiring dengan kandungan drama yang disiarkan."

kredit instagram pengarah drama

"Selain itu, saya juga berbesar hati apabila pihak TV3 setuju untuk menggunakan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai lagu tema, kerana lirik lagu tersebut juga merupakan nukilan saya." katanya.


"Mengulas tentang ketularan drama ini di media sosial, saya turut mendapat mesej di laman media sosial untuk menghasilkan 7 Mencintaiku 3. Sejujurnya, jalan cerita kesinambungan drama ini sudah pun ada, dengan lebih banyak drama dan konflik.

Tak sabar rasa Cik Ash nak tengok sambungan Drama 7 Hari Mencintaiku 3 nanti. Apa akan terjadi nanti mesti banyak konflik yang akan berlaku nanti. Lagi emosi kalau tengok drama ni nanti hahaha..

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post