Monday, October 5, 2020

Novel Saifuddin Jalis Nurkilan Ramlee Awang Murshid

 Novel Saifuddin Jalis Nukilan Ramlee Awang Murshid | Assalamualaikum... Lama sangat tersimpan dalam entri dalam draf hihihi.. Tambah koleksi novel kisah Laksamana Sunan. Novel Saifuddin Jalis ini Cik Ash beli secara online di laman web kelabRAM aritu ada buka untuk tempahan. 



Alhamdulilah untuk kali ke-3 kelabRAM buat pre order untuk novel Saifuddin Jalis baru berkesempatan untuk dapatkan. Kalau yang sebelum ini selalu terlepas peluang kalut dengan urusan mak mentua masuk hospital. 




Novel dah lama berada dalam koleksi Cik Ash kalau tak silap masa dalam Perintah Kawalan Pengerakan aritu. Lama tu baru nak kongsi dekat blog ni. Cik Ash belum rasmi baca lagi novel ni sebabnya nak kena ambil mood dulu kalau baca novel ni. Siap ada tandangan Ramlee Awang Murshid hihihihi.

👉 Baca :  Novel Ramlee Awang Murshid Seluruh Familyku Minat Novel Dia


Kalau korang yang ingin mengikuti kisah Laksamana Sunan korang perlu dapatkan kesemua novel  Siri Laksamana Sunan di laman web kelabRAM. Antara novel Ramlee Awang Murshid yang berada dalam koleksi Cik Ash sempat buat review dekat blog :-

👉Baca : Review Novel Bagaikan Puteri

1 comment:

ash.rie8506@gmail.com