Sunday, October 18, 2020

Resepi Tomyam Ayam Macam Dekat Kedai

 Resepi Tomyam Ayam  Macam Dekat Kedai | Assalamualaikum...Hai, dah lama tak masak tomyam ayam.. Teringin punya pasal baru-baru Cik Ash ada buat tomyam ayam satu periuk besar hihihi.. Memang nak makan hirup kuah sungguh ni. 




Dekat rumah ni suami kalau tomyam dia kurang makan. Nak buat memang malas la kalau tak ada geng makan hahaha. Mak mentua ada tak menentu pulak kalau lalu makan dia makan. 


Masak tomyam ni Cik Ash tengok jer bahan yang ada dekat rumah ni. Cik Ash guna pes tomyam yang dalam botol tu. Memang dah macam dekat kedai buat ni suami kata. Berjaya juga buat suami makan tomyam ni tu pun dia tak bersungguh makan. Hihihi.. Jom la usha resepi memasak dekat bawah ni. 


Resepi Tomyam Ayam

Bahan A 

Secukupnya tulang ayam

1/2 biji bawang hondland (dihiris)

3 biji bawang putih (dihiris)

2 batang serai (diketuk dan dihiris serong)

4 helai daun limau purut (buang urat tengah) 

1 inci Lengkuas (dihiris)

Cili padi (diketuk) 

Sayur (bunga kubis,lobak merah,tomato,kacang buncis,cendawan)

Pes tomyam botol (anggaran dalam 5 sudu makan)

Garam,anjinamoto dan secukup rasa.

1 biji limau nipis (ambik air)


Cara Memasaknya :- 

1. Mula-mula sekali kita masukkan 2 liter ataupun lebih air ke dalam periuk. Didihkan dulu air, lepas tu masukkan tulang ayam masak hingga tulang tu empuk. 


2. Masukkan semua bahan yang di hiris dan diketuk tadi ke dalam periuk dan didihkan hingga kuah sebati.


3. Masukkan pes tomyam anggaran dalam 5 sudu makan kacau hingga sebati.


4. Masukkan sayur, masak hingga sayur empuk. 


5. Apabila dah mendidih, masukkan garam,anjinamoto,secukup rasa dan Cik Ash perah air asam limau nipis dalam kuah. 


6. Siap dah boleh dihidangkan dengan nasi panas ditambah dengan telur dadar.


Tomyam ayam dekat atas versi Cik Ash buat kena dengan selera tekak Cik Ash rasa macam tak puas lagi makan hahaha, nanti la lain kali boleh buat lagi tengok resepi dekat blog ni hahaha, senang tak yah duk simpan dalam buku macam dulu-dulu sekarang semuanya resepi orang cari dalam google dah hihihi.


Kepada korang yang nak memcuba resepi tomyam ayam ni dipersilakan la kongsi semoga resepi menjadi rujukan korang yang tak mahir memasak di dapur macam Cik Ash ni hahahaha.


Ok la jumpa lagi, Kalau ada masa Cik Ash akan berkongsi entri baru di blog ni. Selamat memcuba ya.




1 comment:

ash.rie8506@gmail.com