Monday, October 26, 2020

author photo

Senang Goreng Ayam Guna Air Fryer | Assalamualaikum... Hai, Nak goreng ayam sekarang mudah adanya air fryer ni. Tambah pulak guna air fryer penggunaan minyak berkurang la sedikit. Kalau goreng guna dalam kuali mesti letak minyak terlampau banyak.


Kalau ikut air fryer kita boleh buat pelbagai makanan, setakat ini Cik Ash menggunakan air fryer ni ada guna untuk membakar biskut raya, memanggang seekor ayam, Goreng daging dalam air fryer.


👉Baca : Resepi Ayam Guna Air Fryer


👉Baca : Ayam Panggang Guna Air Fryer


Kali ini Cik Ash perapkan ayam dengan main letak jer sebenarnya tak ada ikut resepi mana,sahaja olah-olah resepi kan. Puas dah duk makan ayam goreng kunyit jer. Jom la usha resepi dekat bawah ini. 



Bahan-bahan

Ayam

Serbuk lada hitam

Serbuk lada sulah

Kicap manis

garam

secukup rasa

Kunyit


Cara Memasaknya :- 

1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam ayam gaul hingga sebati.

2.Perap dalam sejam lebih nak lebih lama lagi sedap.

3. Masukkan ke dalam air fryer setkan masa dalam 10 minit dah suhu 180.

4. Sambung lagi setkan masa dalam 20 minit pulak.

5. Buka penutup air fryer nampak ayam dah masak semua boleh di angkat dan dihidangkan dengan nasi panas. 


Ok la korang itu jer resepi yang ringkas Cik Ash buat goreng ayam guna air fryer masukkan bahan-bahan campak-campak jer, perap lepas tu masukkan dalam air fryer tak payah usah-usah nak balikkan hihihi. Kalau korang nak cuba resepi lain boleh juga tengok di bawah ni. 


👉Baca : Koleksi Masakan Dapur Cik Ash

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post