Tuesday, October 13, 2020

author photo
Sinopsis Filem Butak Tayangan Di Astro First | Assalamualaikum...Hai korang semua, Filem 'Butak' adalah karya sentuhan arahan sutradara telefilem yang pernah fenomena iaitu Pok Ya Cong Codei pada tahun 2018. Filem Butak menemui anda di pawangan rumah, Astro First saluran 480 mulai 8 Oktober 2020. 




Sinopsis Filem Butak 

Filem Butak ini mengisahkan tentang Butak yang nakal tetapi cerdik. Penduduk kampung sering mengadu kekecohan yang Butak lakukan dikampungnya itu.

Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan nekad untuk lari dari rumah.

Kisahnya yang Butak sering dengar ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik dihatinya untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapanya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Pengarah dan Produksi 

Filem Butak merupakan terbitan pengarah Sabri Yunus dan syarikat produksi oleh Two Tones Sdn Bhd. 

Pelakon Filem Butak 

Watak utama filem Butak ini dibintangi oleh Izuan Fitri pemegang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Skrin Angkasa 2016, Turut mengabungkan pelakon-pelakon hebat seperti Bohari Ibrahim,Kaza Saisi,Imuda,Khatijah Tan,Laila Nasir, Fimie Don, Melly Amalin, Saidi Sabri, Azman Hassan, Fazli Daniel Ali, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah, Ahmad Nizam Bahari, Sabri Yunus juga turut membuat penampilan sebagai Pak Man.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post