Monday, November 16, 2020

author photo

 Drama Cinta Sekali Lagi Di Slot Akasia TV3 | Assalamualaikum... Lagi drama yang tengah trending dah pelakonnya bakal kena kecam dengan wataknya, drama yang mengantikan drama Ryan Aralyn ni. Bagi kepada peminat pelakon Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha jangan lepaskan peluang tengok drama ni ya.





Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi

Drama ini mengandingkan pelakon Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Turut membantu dalam drama ini Raja Afiq,Luqman Hafidz,Ezzaty Abdullah,Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin,Iman Zulkarnain,Issac Iman,Tengku Zara,Zara Shelby,Alessandra Alyssa.


Pengarah Dan Terbitan Produksi

Drama Cinta Sekali Lagi diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh syarikat produksi Suhan Movie & Trending. 


Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi 

Mengisahkan hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu,Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal. 


Amanda baru dilantik sebagai 'jewellery designer' di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian 'Cinderella'nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.


Ibu Amanda dan Amani,Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.


Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja,Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia berkerjasama dengan Taqiuddin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadirah telah melamar Amanda untuk Fahad. 


Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhils sering dilanda masalah. 


Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai,meninggalkan anak mereka,Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda. 


Amani kembali dalam diam, dia mengoda Fahad kerana ingin merampas kebahagian milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu 'Cinta Sekali Lagi' daripada Amanda. 


Cara Nak Menonton Drama Cinta Sekali Lagi 

Mesti ramai yang tak berpeluang nak layan drama ni di TV3 sebab waktu siarannya waktu mesti ada sibuk dengan hal masing-masing ke. Ini Cik Ash ada nak kongsikan cara nak menonton drama Cinta Sekali Lagi di website iQYI ataupun korang boleh muat turun aplikasi iQyi di handphone. Anda juga boleh klik butang yang disediakan di bawah ini untuk menonton episod penuh drama ini. 


👉Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga 28

This post have 2 komentar

avatar
Farrah MF delete November 16, 2020 at 5:21 PM

Layan juga cerita ni kat iqiyi

Reply
avatar
Cik Ash delete November 29, 2020 at 9:51 PM

Farah MF : sama kak farhah ekin pun layab dekat iqiyi gak

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post