Sunday, November 22, 2020

author photo

Drama Emil  Emilda Full Episode 1- 25 | Assalamulaikum.. Cerita ni dah lama ditayangkan dekat tv3. Saja-saja Cik Ash rindu nak tengok drama ni, pergi usha google jumpa dekat youtube tv3 ada upload semula drama ni. Drama best mesti la ramai yang nak tengok kan.. Drama ni lakonan Sharifah Amani dan Aaron Aziz. Semuanya muda-muda lagi hahaha..  Umur Cik Ash masa drama ini ditayangkan dekat tv baru 22 tahun muda lagi hahaha...14 tahun dah drama ni.. 


                        


Drama Emil Emilda ialah sebuah drama televeisyen yang ditayangkan pada tahun 2007 di slot Samrinda TV3 dari 2 Mei 2007 hingga 27 Jun 2007.


Pengarah Dan Terbitan Produksi

Drama Emil Emilda ini diarahkan oleh pengarah  Shahrulezad Mohameddin dan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd.


Pelakon Drama Emil Emilda

Pelakon utama dibintangi oleh Aaron Aziz (Emil), Sharifah Amani (Emilda), Zizie Ezette (Darleena), Hamidah Wahad (Darweena), Roslan Salleh (Darus), Riz Amin (Borhan), Roy Azman (Nazwem), Noorkhiriah Ahmad Shapie (EJ) dan Azma Aizal Yusoof (Mac). Manakala pembantu pulak di bintangi oleh Jalahuddin Hassan, Fahrin Ahmad, Mahmud Ali Bashah, Wan Sharmila dan lain-lain.


Ost Lagu Drama Emil Emilda 


Tajuk Lagu : Inginku Miliki

Penyanyi : Dayang Nurfaizah

Komposer : Audi Mok 


Tajuk Lagu - Alam Maya 

Penyanyi  - Nory Aziz


Tajuk Lagu - Seribu Tahun

Penyanyi - Imran Ajmain


Tajuk Lagu - Inilah Jac 

Penyanyi : Jaclyn Victor


Sinopsis Drama Emil Emilda

Drama ini mengisahkan cerita seorang gadis  yang bernama Emilsa yang bekerja sebagai seorang kerani fail di sebuah steseb televisyen tempatan. Di sebalik kekurangannya yang tidak menarik dan kelam kabut, Emilda merupakan satu-satunya pekerja yang amat disayangi oleh tan Sri Nik Baseera, CEO stesyen televisyen Baseera Media Group kerana minat Emilda yang mendalam dunia penyiaran.


Pada suatu  hari Tan Sri yang tidak mempunyai waris melainkan satu-satunya anak saudara perempuannya yang tamak dan zalim telah mendapat khabar berita bahawa satu-satunya anak kandungnya  yang hilang disebabkan  sebuah kemalangan jalan raya 20 tahun lalu telah pun ditemui. Justeru itu Tan Sri nekad mahu bertemu dengan anak kandungnya itu yang bernama Boboi. Malang sekali sewaktu dalam perjalanan untuk bertemu dengan anak tunggalnya (yang belum pun ditemui secara empat mata) helikopter yang dinaiki oleh Tan Sri telah meletop diudara dan Tan Sri terkorban.


Akibat daripada itu Stesyen televisyen Channel Twelve kehilangan CEO nya. Maka Darleena, satu-satu anak saudaranya yang jahat merasakan dirinya adalah penganti yang paling tepat. Malang sekali Nazeem,peguam syarikat memberitahu semua ahli lembaga pengarah sebelum berlepas Tan Sri Baseera sempat berpesan sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya,dia mahu Emilda menjadi pengantinya sementara Boboi dicari.


Maka  dalam sekelip mata dari seorang kerani fail yang sentiasa merendah diri, kelam-kabut dan Emilda dinobatkan sebagai CEO baru Baseera Media Group. Namun begitu tidak semudah yang dijangka Emilda dikenakan syarat.dia harus mencari seorang suami dalam tempoh enam jam.


Itulah syarat yang telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah. Demi menyelamatkan Channel Twelve  dari jatuh ke tangan wanita  sejahat Darleena,


Emilda sedar dia perlu menggalas harapan Tan Sri. Justeru itu dengan bantuan Nazeem,penguam syarikat yang setia, dan Mac dan EJ dua sahabat karibnya mereka bersama sama berganding bahu mempertahankan Channel Twelve. Masalahnya, macam mana Emilda terpaksa mencari bakal suaminya dalam tempoh enam jam? Di sini Emil pun muncul menyelamatkan keadaan.


Tonton Drama Emil Emilda Full Episode 1-25  


Bagi korang yang nak tonton drama Emil Emilda ni korang boleh la pergi ke Youtube TV3MALAYSIA Official. Selamat menonton kepada korang semua, memang drama ni kelakar sangat dengan pelakon-pelakon yang hebat. Asyik duk gelar tengok drama ni. 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post