Sunday, November 29, 2020

author photo

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh 2 | Assamulaikum... Dekat rumah ni Cik Ash selalu jer masak, kadang kalau rajin post dekat instagram dan facebook jer gambar simpan sana.. Hihihi. 



Hari terlebih rajin nak simpan koleksi masakan #dapurcikash dekat blog ni pulak mana taw boleh rujuk semula nanti yang pernah buat bila ada waktu blur nak masak apa. Surirumah tangga kerjanya bangun pagi buat sarapan,membasuh baju,lipat kain,jemur kain, lepas tu masak lagi.. Cik Ash dekat rumah ni kalau suami ada rumah 3 kali masak. Kalau dia kerja dua kali jer masak pagi dan malam. Kadang nak masak menu apa pun pening, sedangkan lauk dalam peti semua ada ayam,ikan,daging,telur, udang hahaha.. 




Menu  ni masak hari lepas bawa mok mentua pergi hospital,kalau ikut memang penat teruskan masak juga. Sayur paprik dan ayam goreng ala mamak.





Menu bihun goreng dan nasi goreng ini Cik Ash masak sarapan pagi pada 25 November.Resepinya nanti Cik Ash kongsi dekat entri lain.



Alhamdulilah rezeki ada orang bagi udang dan pucuk paku jadi la dua menu ni. Suami dan mok mentua makan dengan selera sebab menu dua memang pembuka selera sungguh. 



Yang ni menu Tomyam Ayam dan telur dadar. Dua menu ni pembuka selera Cik Ash hahaha, Sebab hantu tomyam kan. 




Laksam buat pada hari jumaat, Suami dan mok mentua dia nak makan. Yang paling best suami ringgan tangan masuk tolong didapur hihihi. Alhamdulilah kali ni buat laksam menjadi. Nanti Cik Ash kongsi resepi dekat blog ya.

Kalau bab memasak paling tak suka sekarang sejak jadi surirumah Cik Ash dah jadi rajin la sangat hahaha, kalau Cik Ash tak masak siapa lagi nak masak tugas Cik Ash la kan, Nak bagi suami dan ibu mentua makan. Kadang pening nak masak apa untuk ibu mentua Cik Ash biasa la orang tua ni kadang-kadang tak lalu nak makan. Sampai satu tahap makan nasi dengan gula jer nak alas perut.  Suami tak pe masak apa-apa jer jangan masak tomyam jer dia tak suka hahaha.. sebab tu kadang-kadang Cik Ash teringin nak makan kuah tomyam rela pergi kedai cari tapi aritu ada pernah buat tomyam alhamdulilah berjaya bagi suami makan dia kata dah macam dekat kedai siam. 


Ok la korang itu jer antara koleksi masakan daripada #dapurcikash. Selamat menjamu mata. Hahaha.. Kalau nak tengok koleksi resepi boleh baca dekat link di bawah ni. 

This post have 3 komentar

avatar
Cik Ash delete November 29, 2020 at 5:14 PM

Cik Nor : kena rajin dua ore nok mkn

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete February 23, 2021 at 11:15 AM

terliur tgk ayam goreng tuuu ya allah sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post