Thursday, December 3, 2020

author photo

Drama Kampung Pisang Bersiri-Siri Di Astro Citra | Assalamulaikum... Siapa pernah dulu layan filem kampung pisang mesti suka dengar berita baik ni. Kampung pisang akan ke udara di Astro Citra bersiri-siri ya. Tengok iklan dekat astro tunjuk drama kampung pisang ini dah lawak tak sabar nak menengoknya nanti. 




Drama kampung Pisang Bersiri-Siri akan menemui penonton mulai 7 Disember 2020, setiap hari Isnin jam 9.00 malam, di saluran Astro Citra 108 (HD)/128 (SD),Drama ini masih berlatarbelakangkan Kampung Pisang Filem. 


Pengarah dan Produksi 

Drama Kampung Pisang Bersiri-Siri merupakan terbitan pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke- 21 iaitu Mamat Khalid. Terbitan produksi syarikat Astro Shaw Sdn Bhd. 


Pelakon Drama Kampung Pisang Bersiri-Siri 

Masih mengekal watak-watak komedi filem dahulu, antaranya Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama,Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan juga penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa. Malah mereka turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din 'Pest Control, Pak Karim dan Cik Chun. 


Manakala watak untuk penduduk Kampung Pisang, ianya dijayakan oleh Kazar Sairi,Bell Ngasri, Dewa Sapri,Aziz M.Osman,Mat London,Avaa Vanja,Nazeera Sardi dan ramai lagi. Menarik lagi drama ini akan menyaksikan penampilan khas barisan pelakon-pelakon popular tanah air secara bergilir-gilir pada setiap minggu sepanjang 12 Episod sewaktu bersiaran. Antara mereka yang bakal jayakanya Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn,Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda,TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng,Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya dan Shuk Sahar. 


Sinopsis Drama Kampung Pisang Bersiri-Siri 

Kisah penduduk Kampung Pisang yang dilanda misteri dan masalah. Setiap minggu ada sahaja yang datang mengganggu penduduk kampung, dan yang menghairankan, semuanya berbeza-beza seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing,pocong dan paling unik hantu Kak Limah! Huru-hara jadinya penduduk kampung dan mereka akan bergandingan untuk mengharmonikan semula kampung kesayangan mereka.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post