Friday, December 11, 2020

author photo

Drama Biar Aku Cemburu Lakonan Aiman Hakim Ridza Dan Nabila Razali | Assalamualaikum... Hai korang semua,hari ini Cik Ash nak kongsi satu drama nampak macam menarik jer. Gandingan pertama kali Aiman Hakim Ridza & Nabila Razali. Drama ini akan bersiaran di Slot Megadrama Di Astro Ria.



Drama ini merupakan adaptasi dari novel karya nukilan Anuar Darwisy dengan tajuk yang sama juga. Drama ini mempunyai 16 Episod. Drama Biar Aku Cemburu bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis,jam 10.00 malam mulai 1 Disember 2020.


Pelakon Drama Biar Aku Cemburu 

Drama ini mengandingkan pertama kali pelakon Aiman Hakim Ridza & Nabila Razali, turut membantu dalam drama ini Izzat Mushtaq,Rubini Sambanthan,Aedy Ashraf, Dato' Shah Rezza, Mas Anizan, Bella Dowanna, Hasmin Azmi, Syahir Shafien, Adam Malek.


Pengarah Dan Terbitan Produksi

Drama ini diarahkan oleh MP Roslin Md Sharif dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.


Sinopsis Drama Biar Aku Cemburu

Drama ini mengisahkan tentang Tengku Eidil yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan sedang bercinta dengan Marsha Gordon. Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha. Nadia pulak seorang penghantar makanan untuk sebuah kedai makan yang dimiliki oleh kawan baiknya, Rostam. Dalam masa yang sama, Nadia turut menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional.


Takdir yang menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan ia terkena pada Nadia tanpa sengaja.


Nadia yang degil dan ceria pada luarannya sebenarnya menyimpan beban dan kesedihan yang hanya mampu dipedamkan kerana tertekan dengan kesibukan kerja demi mencari rezeki untuk menampung perbelajaabn keluarganya di kampung semenjak bapanya dipenjarakan angkara Nadia sendiri.


Eidil juga  tidak kurangnya, keadaan di rumahnya berantakan kerana adik tirinya Fetri yang sering bermasalah. Fetri mencemburui dan berdendam dengan Eidil kerana dia juga mencintai Marsha pada masa yang sama.


Eidil mula mendekati Nadia kerana tertarik dengan perwatakannya. Sedikit sebanyak Eidil semakin banyak berubah ke arah yang lebih baik, seperti yang doharapkan oleh bapanya Tengku Alauddin.


Walaupun cuba untuk mengelak dari Eidiil, Nadia terkejut apabila kursus fotpgrafi yang dihadirinya rupanya diketui oleh Eidil juga merupamkan seorang jurufoto terkenal. Marsha pula semakin gilakan Eidil dan mula menyiasat tentang Eidil dan Nadia. Sedikit demi sedkit rahsia kehidupan Rostam yang sudah lama mencintai Nadia mula berasa cemburu pada Eidil, namun dia akur yang dia perlu meraih cinta Nadia dengan cara yang adil.


Cara Nak Menonton Drama Biar Aku Cemburu

Drama ini boleh ditonton menerusi Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124), serta korang juga boleh menonton drama ini menerusi aplikasi Astro GO dan platform iQYI untuk pilihan lebih fleksibel.

 

Tonton Drama Biar Aku Cemburu


Biar Aku Cemburu Episod 1 - https://www.iq.com/play/1gh5aaypfbd

Biar Aku Cemburu Episod 2 - https://www.iq.com/play/t72xo7tv74

Biar Aku Cemburu Episod 3 - https://www.iq.com/play/n4faqbly3s (VIP)

Biar Aku Cemburu Episod 4 - https://www.iq.com/play/eipfyruzbs (VIP)

Biar Aku Cemburu Episod 5 - https://www.iq.com/play/1g04t1b0cm8 (VIP)

Biar Aku Cemburu Episod 6 - https://www.iq.com/play/1w1rxarysfc (VIP)

Biar Aku Cemburu Episod 7 - https://www.iq.com/play/nokrs10cao (VIP)

Biar Aku Cemburu Episod 8

Biar Aku Cemburu Episod 9

Biar Aku Cemburu Episod 10

Biar Aku Cemburu Episod 11

Biar Aku Cemburu Episod 12

Biar Aku Cemburu Episod 13

Biar Aku Cemburu Episod 14

Biar Aku Cemburu Episod 15

Biar Aku Cemburu Episod 16


Setiap episod baru Cik Ash akan update nanti. Selamat menonton kepada korang semua.

1 komentar:

avatar
Min delete December 11, 2020 at 12:34 PM

Macam best cerita ni..nanti boleh tonton juga

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post