Thursday, December 17, 2020

author photo

Memasak Mudah Bila Ada Produk Aya Real Food | Assalamualaikum... Hai, asyik entri hiburan jer dekat blog takut ada yang jemu... Hari ini nak berkongsi satu produk yang menarik dicuba,setelah 6 tahun bergelar surirumahtangga sepenuh masa kadang pening dah nak memasak menu apa untuk suami dan mak mentua makan. Asyik ulang masakan sama jer hahaha. Sampai tu tak tahu nak memasak apa tanya suami nak makan menu apa. Suami punya request kadang paling mudah ayam kfc jer, ayam goreng kunyit kalau buat jenis berkuah ni agak kurang dia nak makan. 


AYA Real Food

Baru-baru ini Cik Ash ada terjumpa satu produk menarik untuk kerja memasak di #dapurcikash hihihi, nampak macam menarik Produk AYA  REAL FOOD Cik Ash suka sebab ianya mudah disediakan ni terdapat sambal bilis "Karashi Bilis , jimat masa Cik Ash sebab ianya ready to eat taw. Dah cuba makan dengan lempeng sedap suami kata macam makan kerepok ikan zaman budak-budak dulu.


Ikan bilis aya


πŸ‘‰Baca Artikel : Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero Untuk Kanak-Kanak


Lagi yang Cik Ash suka dengan produk AYA  REAL FOOD ni  dia punya Sos AYA serbaguna ( Shiroi Ponzu ). Kita boleh guna untuk buat perapan ayam, ikan, daging, udang dan sayuran kiranya makan ala-ala dekat japanase gitu. Cik Ash dah cuba masukkan dalam masakan udang goreng kunyit di tambah sos shiroi ponzu lagi sedap udang ni. Makan nasi bertambah-tambah hahaha..


Udang kunyit


AYA REAL FOOD juga  bagus untuk digunakan dalam masakan kita kerana produknya :

πŸ‘‰ Tidak mengandungi MSG,

πŸ‘‰Tidak ada bahan pengawet

πŸ‘‰ Tidak ada warna tiruan

πŸ‘‰ bebas gluten & vegetarian

πŸ‘‰ tahan lama di dalam peti sejuk selama 3 hari dan freezer tahan 3 bulan.

πŸ‘‰Produk Halal

 

Paling menarik turut disertakan resepi dekat kotak packaging tu  Tak payah dah pening nak cari resepi 😊. Korang boleh jer guna resepi sendiri. Macam Cik Ash dah cuba buat guna dua produk AYA REAL FOOD ni.

 

Cara Untuk Mendapatkan Produk AYA REAL FOOD 


Produk AYA FOOD ni boleh dapattkan di shoppinggg  onlineee Lazada / Shopee, GrabMart & Happy Fresh dan juga melalui laman web mereka www.ayarealfood.com


Sebelum tu, jangan lupa korang gunakan Kod promo khas AYACARES (semasa pembayaran) jika ada yang ingin memmbeli.


@ayarealfood & @brianneaeria.pr

#AyaRealFood #1SauceUnlimitedDishes


With Loves

This post have 3 komentar

avatar
Syaz Eym delete December 17, 2020 at 10:31 AM

Semakin rajin ke dapur lepas ni 😊

Reply
avatar
Cik TK delete December 21, 2020 at 9:47 PM

Oh produk baru ke ni? Tak pernah jumpa lagi..

Reply
avatar
Cik Puan Ena delete January 2, 2021 at 11:01 PM

Karashi bilis sedap makan tabur kat nasi gitu je

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post