Saturday, December 12, 2020

author photo

Muzikal Lawak Superstar 2 | Assalamualaikum... Buat peminat rancangan lawak ada berita baik Cik Ash berkongsi dengan korang semua, Rancangan TV Show Muzikal Lawak Superstar 2 kembali lagi menemui korang, Mereka terdiri daripada pelawak,penghibur, dan ada juga penyanyi yang berani bergabung di pentas untuk mempersembahkan Muzikal Lawak.



Program ini akan berlangsung dari Pusat Konvesnsyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat,jam 9.00 malam mulai 18 Disember 2020. Untuk pelanggan astro anda juga berpeluang menoton di aplikasi Astro GO dan secara strim di on demand, serta boleh juga menrusi platform digital saluran Youtube Astro Gempak. 


Muzikal Lawak Superstar 2 mengandingkan 14 kumpulan yang terdiri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan iaitu pelakon, penyanyi, dan personaliti popular. Program ini akan bersiaran selama 12 minggu. Pengacara yang akan menjayakan program ini adalah Nabil Ahmad dan Elly Mazlein


Manakala barisan juri pulak kemunculan lagenda rock tanah air, Dato' Awie kembali menyarung jersi juri tetap, setelah lama berehat kelahiran baby pertama Fazura kembali menjadi juri,serta pelakon hero melayu kegilaan ramai Zul Ariffin.


Pemenang keseluruhan bagi MLS musim kedua ini akan membawa pulang wang tunai RM150 ribu, serta akan mendermakan Rm10 ribu kepada badan kebajikan yang tertentu. Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75 ribu dan RM50 ribu. Tempat keempat tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana juga akan menerima wang tunai RM25 ribu sebagai hadiah kemenangan. 


Antara kumpulan yang akan bertanding di pentas Muzikal Lawak Superstar 2 adalah seperti berikut di bawah ni.


1. ABC - Chiwan Chilok, Achok Chilok & Cik B 

2. GOJES - Mie Rajalawak, Tauke Jambu & Keena Mentor

3. HEART - Azmi Saat, Ezad Lazim & Danial Zaini

4. JAGO - Chot, Yus & Fiza Thomas

5. JBORN - Joey, Khir Rahman & Man Posmen

6. LEKLU - Jaly Skool of Lawak, Lan Solo & Iewan Lopez

7. MASHUK - Achey, Shuk Sahar & Mark Adam 

8. PUPPET - Sharif, Wan & Rul 

9. STAMP - Syura, Tapai Gegar Lawak & Che Mat 

10. TERUNA - Ilham Abata, Johan A'sari , Din Latah

11. U.N.I - Fakhrul UNIC, Fad Bocey & Antu Zero

12. VIRAL - Ali Mercik, Mamak & Roy Azman

13. ZOMBI - Wan Gegau, Ezzlyn & Wan XOXO

14. ZUZUZU - Nizam Jentik Jentik, Fizah Awok & Zahid 


Langkah-Langkah Untuk Mengundi 

1. Layari laman web rasmi MLS di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar dan log masuk ke akaun Astro atau Facebook anda.

2. Anda mempunyai 20 undian pada hari Sabtu hingga Khamis, dan 50 undian pada hari Jumaat untuk mengundi kumpulan kegemaran anda.

3. Undian dalam talian akan dibuka sepanjang minggu dan akan ditutup selepas diumumkan oleh hos pada akhir rancangan setiap minggu. 

4. Undian akan dibuka semula setelah program minggu itu selesai. 


#MuzikalLawakSuperstar2020

#MLS2020

#MLS2

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post