Sunday, December 13, 2020

author photo

Pemberian Suntikan Vaksin Pneumokokal Di Klinik Kesihatan KKM | Bermula 1 Disember 2020.Pemberian Vaksin Pneumokokal akan bermula 1 Disember 2020 di semua Klinik Kesihatan KKM. Vaksin Pneumokokal ini akan diberikan kepada kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari dan seterusnya. 


vaksin

Untuk mendapatkan suntikan ini ibu bapa perlu membuat temujanji di Klinik Kesihatan bagi mengelakkan kesesakan dan mematuhi norma baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19. 


Fakta Penyakit Pneumokokal 


Pemberian Vaksin Pneumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria Pneumokokal dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap  antibiotik. Ibu bapa dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada norma baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19.





Komplikasi Penyakit Pneumokokal 


👉 Jangkitan (radang paru-paru)

👉 Meningitis (radang selaput otak)/ Encephalitis (radang otak)

👉 Sepsis (jangkitan dalam darah)

👉 Otitis Media (jangkitan telinga tengah)

👉 Sinusitis (jangkitan pada sinus)





Pemberian Vaksin Pneumokokal 


Vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos suntikan iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan, diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan. Pemberian Vaksin Pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. 


Semua kanak-kanak yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2020 layak untuk mendapatkan vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan Kementerian Malaysia. 


Untuk sebarang persoalan ataupun pertanyaan boleh diajukan kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel : imunisasi@moh.gov.my. Untuk maklumat terkini boleh rujuk di website Kementerian Malaysia (KKM) ataupun facebook KKM.

This post have 4 komentar

avatar
Farhana Jafri delete December 13, 2020 at 4:08 PM

haaa boleh bagitahu kawan pasal vaksin ni sebab sebelum ni kena bayar 500 satu injection sebab klinik gov takde

Reply
avatar
Cik Ash delete December 13, 2020 at 4:10 PM

Farhana Jafri : Awak kena tanya klinik kesihatan berdekatan tempat tinggal...

Reply
avatar
Cik Puan Ena delete December 15, 2020 at 12:22 AM

Alhamdulillah finally lama tunggu taw sebab bersalin bulan feb. Ank dah 10bulan. Harap sempat dapat. Harga dia tu seram tengok kt luar.

Reply
avatar
Cik Ash delete December 15, 2020 at 12:31 AM

Cik Puan Ena : tu la harga ramai kata mahal gak... cuba ena tanya dekat klinik berdekatan...

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post