Sunday, December 27, 2020

author photo

Resepi Untuk Dicuba Menggunakan Roti | Assalamualaikum... Bagi pening nak buat hidangan waktu pagi, tengahari,petang dan malam, Cik Ash nak berkongsi 20 resepi untuk dicuba menggunakan roti. Kebanyakan memang menarik dah sedap hihihi. Berikut ada senarai resepi yang harus dicuba di bawah ni. 


Roti



1. Roti Sardin Gulung




Bahan-bahan 
Roti Gardenia (Cik Ash guna dalam 20 keping)
1 tin sardin Ayam Brand ( jenama lain pun tak pe)
1/2 biji bawang besar ( dihiris dadu)
2 biji cili padi (dihiris halus)
secubit garam
secubit secukup rasa
1 sudu kfc serbuk LIME 
1 biji telur
sedikit tepung gandum- bancuh dengan sedikit air. 


Cara Membuatnya :
  • Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu. 
  • Tumis bawang merah hingga garing. Masukkan ikan sardin dihancur tumis bersama dengan sehingga kering. 
  • Selepas itu masukkan garam, secukup rasa dan serbuk LIME.
  • Gelek-gelek roti hingga leper. 
  • Letak inti lepas itu gulung dengan ketat nak bagi melekat kat hunjung letak tepung gandum yang di bancuh tu.
  • Celup roti yang telah digulung ke dalam telur..
  • Bila roti dah sekata di celup masukkan dalam minyak dah panas.
  • Goreng hingga masak kekuningan.
  • Angkat dan toskan minyak. 




Bahan-bahan 

Roti gardenia

Salad

Kubis bulat

Timun

Tomato

Mayonis 


Cara Membuatnya :- 

  • Salad,kubis bulat hiris halus, macam kita nak buat coslaw kfc tu.
  • Timun dihiris bulat dan nipis.
  • Tomato pun sama hiris bulat dan nipis.
  • Gaulkan salad,kubis bulat dengan 2 sudu mayonis tu atas roti lepas tu kapit dua, hiris la setiga buat macam dekat kedai jual.
  • Senang sangat kan nak buat tak ada susah pun.






Bahan-bahan 

Sebuku Roti Gardenia

Sosej

Tepung Bestari

Telur


Cara Membuatnya : 

  • Roti digelek-gelek bagi sampai mampat tak nak bagi nanti goreng serap minyak.
  • Rebus sosej dulu ya. 
  • Lepas tu letak sosej atas lapisan tu dan gulung-gulung celup dalam telur dan tepung bestari. Ratakan bagi tepung bestari lekat betul.
  • Goreng sampai warna kekuningan siap goreng angkat hidangkan la dalam pinggan bersama sos cili.





Bahan-bahan
Roti Hotdog/ Roti Kebab
Telur 3 biji
Kaya
Majerin/Planta


Cara Membuatnya :-
  • Pecahkan 3 biji telur dan kacau sampai berbuih dan masukkan garam sedikit.Ketepikan.
  • Belah roti di bahagian tengah dan sapukan planta ataupun majerin.
  • Guna non stick pan, Cik Ash guna pemanggang ajaib masa nak buat roti hamlet ni, Panaskan pan kemudian bakar roti sampai garing dan lembut, lepas tu angkat letak tepi.
  • Tuangkan telur yang dikacau tadi ke dalam pemanggang ajaib, kemudian ambil roti yang dibakar tadi letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur. 
  • Dah nampak masak terbalikan dan angkat letak dalam pinggan.
  • Sapukan seberapa kaya korang suka. Lagi banyak lagi sedap dimakan.

6. Roti Sandwich Daging 



Bahan-bahan 

250 gram daging 

1 biji ubi kentang

1/2 biji carrot

1  biji bawang besar

1 ulas bawang putih

1 sudu kecil lada hitam

secubit mixed herbs

1 sudu kecil secukup ras

1 sudu kecil garam 


Cara Membuatnya :-

  • Daging dikisar dengan blender pengisar
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi
  • Masuk daging goreng hingga daging tu kecut.
  • Lepas tu masukkan sos lada hitam.
  • Masukkan ubi kentang, carrot dan masukkan sedikit air,gaul hingga sebati... biarkan mendidih hingga air kering.
  • Tambahkan dan sesuaikan rasa.
  • Siap


7. Tortila Wrap Daging 




Bahan-bahan 

Bawang putih

Bawang besar

carrot

Daging

Tortilla Wrap

Salad

Sos cili

Mayonis

Oregano

Sos blackpaper

serbuk perasa

garam


Cara Membuatnya :- 

  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan.
  • Lepas tu masukkan daging goreng hingga masak.
  • Masukkan carrot gaul-gaul hingga rata.
  • Panaskan wrap dalam pemanggang ajaib.
  • Letakkan inti daging atas tortilla,salad,sos cili, mayonis.
  • Lepas tu gulung dan siap dah boleh dimakan.

8. Cuppiza 

   

cdt : eyqa roslan

Bahan-bahan 

Roti Gardenia 3 keping

Telur 3 biji

Sosej 2 

Bawang Holland

Maynonaise 1 sudu besar

Salt & Pepper


Cara Membuatnya : 

  • Potong semua bahan-bahan itu bentuk dadu @ nipis-nips
  • Selepas itu gaulkan dalam mangkuk, dan masukkan dalam bekas cupcake/muffin.
  • Lepas itu sprinkle salt & pepper
  • Panakan air fryer 5 minit suhu 180©, dan bakar selama 10 minit, suhu 160© 


9. Roti Telur 


cdt : Potret Kasih


Bahan -bahan 

6 keping roti sandwich

2 biji telur

1 biji bawang merah 

sedikit lada sulah

sedikit garam

2 camca besar susu cair atau susu segar

sedikit minyak atau mentega 


Cara Membuatnya :-

  • Roti sandwich tadi di potong 2. Ketepikan.
  • Pukul telur bersama bawang merah, garam dan lada sulah hingga sebati.
  • Masukkan susu cair ke dalam telur dan pukul rata.
  • Panaskan minyak atau butter kedalam kuali nonstick, Celup roti ke dalam telur , kemudian goreng hingga keemasan. 


10. Sandwich Sardin 




Bahan-bahan 

1 buku roti whole meal 

Timun

Salad

Tomato


Bahan Sardin

1/2 biji bawang besar

1 tin sardin

2 sdb minyak masak

2 sdb pes cili

1 biji limau nipis

2 biji cili merah dihiris nipis


Cara Membuatnya : 

  •  Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, tumis sehingga layu.
  • Masukkan cili pes dan hirisan cili merah
  • Masukkan garam dan sardin serta 3 sdb sos sardin
  • Pecah-pecahkan sardin dan perah asam limau nipis. 
  • Angkat dan sejukkan.

~ Jika suka butter, sapu dulu atas roti

~Alaskan dengan salad diikuti dengan sardin

  • Potong ikut suka. 


11. Karipap Roti Sedap


cdt : Nisak Abu Hasan


Bahan -bahan 

Roti gardenia 

Inti ( guna inti karipap)

Tepung jagung (kalau tak ada guna tepung gandum pun boleh)

Air

*Sila bancuhkan tepung jagung dengan air dengan kelikatan yang agak likat macam gam. 


Cara Membuatnya : -

  • Mula-mula kita sediakan kulitnya dulu. 

Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk bagi nipis, pastikan bahagian tepi tu ditrim.


Lepas itu sapukan bancuhan tepung dengan air tadi sekeliling roti (tengok pic) untuk tujuan menge'gamkan dia. 

  • Kemudian letak inti dekat tengah-tengah roti tadi dan sila cantumkan hunjung roti membentuk segitiga, alah cam nak buat sandwich tu. 
  • Lepas tu ambil garfu kemudian tekan-tekankan dekat keliling bahagian yang dicantumkan tadi. Tujuanya untuk bagi tutup rapat, lagi satu elok sikit menengoknya. Sila ulang untuk kesemua roti.
  •  Lepas tu goreng, jangan guna minyak yang terlalu banyak.
  • Siap, boleh dihidangkan. 


12. Cucur Roti (Sumber : mamaqaireen.com)



Bahan-bahan 

5 keping roti putih (potong dadu kecil-kecil)

2 biji bawang merah (potong dadu kecil-kecil)

1 biji cili merah (potong dadu)

2 biji telur ayam

2 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus

sedikit ikan bilis (ditumbuk)

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Sedikit air


Cara Bancuhan & Masak 

  • Gaul kesemua bahan sehingga sebati, masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula. 
  • Panaskan minyak dan buat jemput-jemput bulat, Goreng dengan api sederhana.
  • Terbalikan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat 


Itu jer entri resepi harus di cuba menggunakan roti, pelbagai idea yang mudah dan senang di buat.

This post have 3 komentar

avatar
el delete December 30, 2020 at 10:38 AM

macam macam boleh buat dengan roti kan..kalau roti dah nak expired pun boleh buat puding roti ekeke

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post