Saturday, August 28, 2021

author photo

Senarai Filem Animasi Tempatan Yang Bakal Ditayangkan Pada Tahun 2021 | Assalamualaikum... Berita baik buat peminat Animasi Tempatan kita, Cik Ash ada nak berkongsi dengan korang semua, untuk tahun 2021 nanti akan ada animasi tempatan akan dijadualkan ditayangkan nanti kalau ikut animasi akan ditayangkan pada tahun ini tetapi  terpaksa ditunda disebabkan pademik COVID-19. 


filem animasi

Filem Animasi Malaysia telah mendapatkan kejayaan yang besar pada tahun 2019 apabila 3 buah filem animasi tempatan iaitu Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal", BoBoiBoy Movie 2" dan Ejen Ali The Movie berjaya meraih kutipan puluhan juta dan berjaya meraih pelbagai anugerah dala dan luar negara. Berikut senarai filem animasi tempatan yang bakal ditayang nanti. 


Mechamato Movie

Cik Ash pernah tengok iklan Mechamato di youtube aritu suami ada tunjuk siri sambungan BoBoiBoy dia kata, merupakan animasi terbaru dari Animonsta Studio iaitu "Mechamato" pada permulaannya dijadikan siri ke layar perak, namun animasi studio mengubahnya untuk memperkenalkan watak Mechamoto menerusi filem sebelum beralih ke siri. 


Tak sabar rasa nya nak tengok filem "Mechamato Movie ni, Tambah suami peminat tegar BoBoiBoy hihihi, mesti dia suka kalau bagitahu akan ditayangkan tahun depan ni. 


Yang pernah mengikuti siri atau filem animasi "BoBoiBoy" , animasi "Mechamato" ini adalah prekuel kepada "BoBoiBoy" yang mana ianya berkisarkan tentang mengenai bapa BoBoiBoy ketika waktu ianya kecil sekaligus menjawab persoalan ramai mengapa BoBoiBoy dijaga oleh Tok Abah. 


Ejen Ali The Movie 2

Ejen Ali The Movie yang pertama aritu berjaya meraih keutipan luar biasa apabila berjaya meraih kutipan RM30 juta. Merupakan terbitan Wau Animation ini. Sama juga seperti animasi tempatan yang lain, Ejen Ali mula dikenali menerusi siri animasi yang ditayangkan di televisyen sebelum ianya diangkat ke layar perak. 


Selepas tayangan filem pertama, ramai peminat yang teruja dan tidak sabar menanti sekuel filem itu namun tiada sebarang berita mengenai perkara itu sehinggalah genap setahun tayangan filem itu di pawagam apabila Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation yang juga pengarah Usamah Zaid Yasin memuat naik poster 'teaser' "Ejen Ali The Movie 2".

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai filem kedua ini, tetapi berdasarkan kenyataan ringkas itu memberi bayangan bahawa mereka kini sedang dalam proses pembikinan animasi kedua itu dan dijangka akan menemui penonton pada tahun depan.


Kring 

Selepas mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa iaitu merangkul anugerah Filem Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Du Sur Les Handicap 2020 di Lyon, Perancis, studio animasi yang bertanggungjawab dalam menghasilkan animasi "Kring!" iaitu Brainy Bones Studios rancang untuk terbitkan filem animasi bertaraf antarabangsa tidak lama lagi.


Untuk merealisasikan impian mereka itu, Pengarh Urusan Brainy Bones Studios iaitu Hilmi Ismail berkata mereka akan menggunakan kepakaran juruanimasi bebas dari seluruh dunia. Bagaimanapun butiran lanjut mengenai filem animasi itu belum didedahkan buat masa ini.



Bagi anda yang tidak mengetahui mengenai animasi "Kring!", ia berkisarkan mengenai seorang guru bernama Suraya yang membantu seorang murid bernama Mael bin Sulaiman yang mempunyai masalah disleksia.


Buat masa ini hanya tiga buah filem animasi yang sudah diketahui berkemungkinan besar akan ditayangkan pada tahun hadapan dan tiada projek terbaru daripada studio animasi terkenal tanah air iaitu Les' Copaque untuk muncul dengan filem terbaru selepas muncul dengan "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal".


Sumber : Cinema Online

This post have 5 komentar

avatar
Aini delete December 24, 2020 at 8:49 AM

best2 gak ceta animasi next year....

Reply
avatar
Cik Puan Ena delete January 2, 2021 at 11:03 PM

Bukan filem animasi je. Tp kartun kt TV pon hebat2 skrg. Memang bangga ciptaan org kita.

Reply
avatar
✿Cik Cappuccino Latte ✿ delete August 29, 2021 at 3:02 PM

Tak lama lagi bakal ditayangkan di kaca tv

Reply
avatar
Ain Athirah delete September 5, 2021 at 3:12 PM

Wahhh tak lama lagi pun wayang dah boleh bukak. mesti best niii. Ejen Ali buat comeback tuu

Reply
avatar
Azhafizah MN delete September 10, 2021 at 11:14 AM

Familiar dengan Ejen Alli je yang dua lagi macam kurang familiar. Suka gak tengok Ejen Ali ni. Yang 1st dah tengok. Second ni belum tengok lagi.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post