Monday, December 14, 2020

author photo

TV2 Bakal Menayangkan Program & Filem Menarik  | Assalamualaikum... Berita baik buat peminat filem Cik Ash ada nak berkongsi dengan korang semua,TV2 akan menayangkan program dan telemovie menarik sepanjang ini bermula 14 hingga 20 Disember 2020.


program tv2

Seperti biasa setiap Hari Isnin i TV2 di slot Teater Legenda menayangkan telemovie karta Tan Sri P. Ramlee, pada 14 Disember 2020 ni menayangkan "Laksamana Do Re Mi" , jam 9.00 malam. Cerita ni paling Cik Ash suka tengok dalam telemovie banyak telatah yang mecuit hati pelakon utama Tan Sri P.Ramlee, Ibrahim Din dan A.R Tompel yang akan sentiasa diingati sehingga kini. Kalau tak silap Cik Ash kisahnya "Laksamana Do Re Mi" ni telah menyelamatkan Puteri Bulung Betung, Do Re Mi dihadiahkan 3 benda ajaib. Do mendapat Tikar Terbang yang boleh membawa mereka ke mana-mana sahaja. Ro, mendapat Teropong Sakti yang mampu melihat mana-mana tempat dan peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Mi, pula mendapat Bangsi Hikmat yang akan mendapatkan apa sahaja yang diingini setelah berniat dan meniupnya.




Untuk filem pulak TV2 akan menayangkan filem "Queen" mengisi slot Bollygood pada 16 Disember ini, pukul 9.30 malam membawakan tentang Rani adalah seorang gadis Delhi dari keluarga konservatif yang ditinggalkan oleh tunangnya sebelum perkahwinan berlagsung. Terkejut dengan kejadian tersebut,dia mengatur bulan madu bagi dirinya sendiri untuk mengubati kesedihan dan kekecewaan yang dihadapi. Lakonan mantap Kangana Ranaut, Rajkummar Rao dan Lisa Haydon.


                                       

Untuk Slot Gloden Dragon pulak pada 17 Disember 2020 jam 9.30 malam TV2 akan menayangkan filem "The White Storm berkisar cerita tenang Delima yang dasyat mengubah nasib tiga anggota polis apabila mereka ditugaskan dalam operasi penyamaran terhadap seorang tokan dadah merbahaya. Filem ni merupakan lakonan Louis Koo,Nick Cheung,Seau Lau,Lo Hoi Pang.




Manakala untuk slot pilihan hari Jumaat pulak pada 18 Disember 2020 jam 3.00 petang akan menayangkan telemovie "20 Sen", kisahnya Mail,Yana dan Boy berjaya mengumpul sejumlah wang sebagai upah yang diperolehi dengan membantu keluarga mereka. Oleh itu, Boy memberikan syarat setiap kerja dan upah yang mereka peroleh, perlu ada resit. Rancangan ini diketahui oleh ibu mereka. Kini, mereka pula menerima bil daripada ibu masing-masing. Lakonan hebat Sahronizam Noor, Farhan Nizam, Carl Eqmal Hazali, Airis Yasmin, Fathimah Azzahra dan Bella Dowanna. Untuk sebelah malam pulak jam 8.30 malam saksikan pertarungan di antara NONG O VS RODLEK secara langsung dari Stadium Tertutup Singapura dalam "One Championship Collision Course".


Baca Artikel : Muzikal Lawak Superstar 2


Di slot Layar kita pada 20 Disember 2020 jam 2.00 petang, Telemovie "Mania" mengisahkan Adib seorang pelajar kolej yang kaya jatuh cinta dengan Erin, seorang janda yang dikenalinya di media sosial. Pada awal pertemuan, Erin agak keberatan untuk meneruskan hubungan kerana jarak perbezaan umur serta perbezaan darjat keluarga yang amat berbeza. Namun, Adib tetap bertegas untuk meneruskn hubungan kerana amat menyintai Erin walaupun pun dugaan yang datang. Dibintangi oleh Shiqin Kamal, Wanns Ahmad, Dazrin Kamurudin dan Aleza Shadan.



Untuk peminat filem India, Slot Spice Of India akan menayangkan filem "Singam" pada 20 Disember 2020 jam 9.30 malam, Mengisahkan seorang pegawai polis yang berani, tegas, berdedikasi, jujur dan dihormati kerana budi pekertinya. Mahkamah tinggi mengarahkan ketua samseng iaitu Mayilvaganam melaporkan diri kepada Singam selama empat belas hari secara berterusan. Dalam waktu itu, Singam berjaya mendedahkan segala kegiatan jenayah Mayilvaganam termasuk penculilkan dan peras ugut.


Bagi korang tidak dapat menonton di TV, korang juga boleh menontonnya di portal rasmi online RTM di Myklik (myklik.rtm.gov.my). Korang juga boleh muat turun aplikasi rtm mobile di Google Play dan App Store. 

1 komentar:

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post