Monday, February 1, 2021

author photo

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Di Forlumasi Gabungan Prebiotics Dan Calamine| Assalamualaikum... Cik Ash ada berita baik ingin berkongsi dengan peminat produk Cosmoderm. Bersempena dengan tahun baru 2021 ini Cosmoderm telah melancarkan produk perjagaan terbaru iaitu Skin Lab Perfect Balanced pada 27 Januari 2021 yang lalu. Untuk produk kali mereka tampil dengan berwajah baru warna Pink. Bila tengok warna pink mesti menjadi kesukaan orang ramai kerana warna ini nampak lembut dan cantik seorang wanita. 


cosmoderm pink


Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced 

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced di formulasi oleh gabungan Prebiotics dan Calamine, PREBIOTICS dikenali sebagai makanan untuk Bakteria Baik untuk ekosistem kulit mikro korang yang dapat membantu merangsang pertahanan semulajadi kulit, meningkatkan cahaya kulit dan memastikan mikrobioma kulit korang seimbang. 


Manakala CALAMINE terdiri daripada campuran zink oksida dan ferik oksida  yang dapat mengurangkan jangkitan daripada berlaku, ianya dapat meredakan kegatalan dan kegatalan pada kulit, mengurangkan kegatalan & kemerahan pada kulit biasanya digunakan keradangan cahaya matahari, gigitan serangga, ruam chicken pox, kegatalan akibat terkena poison ivy oak dan banyak lagi. 


Bila baca kebaikkan produk baru Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced gabungan formulasi PREBIOTICS dan CALAMIN tak sabar pulak Cik Ash  nak berkongsi dengan korang semua satu rangkaian produk terbaru Cosmoderm yang sesuai untuk semua jenis termasuk kulit yang sensitf macam Cik Ash di bawah ini. 


4 Langkah Mudah Cosmoderm Perfect Balanced


4 langkah

1. Perfect Balanced Foaming Cleanser 


Perfect Balanced Foaming Cleanser

Langkah pertama yang perlu kita lakukan untuk membersih muka mesti la mengunakan pencuci muka atau pembersih muka Foaming Cleanser yang sesuai digunakan sebagai pembersih buih wajah setiap hari rutin kita cuci muka pagi dan malam sebelum tidur kerana ianya dapat membersihkan secara 'deep cleansing' dapat menghilangkan kotoran terutama untuk kulit yang berminyak, senang berjerawat atau korang yang sering terdedah dengan persekitaran terlampau kotor, ia juga dapat memberikan keseimbangan kadar minyak di dalam kulit korang agar tidak terlalu kering atau tidak terlalu berminyak. 


Cara Penggunaan : 

Picitkan sedikit pembersih ke tapak tangan dan urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat dan bilas sehingga bersih dan keringkan.


2. Perfect Balanced Toning Lotion



Perfect Balanced Toning Lotion diformulasi untuk semua jenis kulit, ianya merupakan langkah kedua dan paling penting untuk kulit yang lebih sihat dan cantik, Dengan prebiotic dan 20,000 ppm Calamine yang bertindak untuk mengurangkan kemerahan, meningkatkan kelembapan, merangsang keupayaan untuk memberi penyerapn kulit serta meningkatkan pertahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan miktobioma kulit. 


Cara Pengunaan :

 Lepas bersihkan muka, goncang dahulu sebelum mengunakan toning lotion ke telapak tangan dan tepuk-tepuk perlahan ke atas wajah muka.


3. Perfect Balanced Soothing Wow Cream


Perfect Balanced Soothing WOW Cream


Perfect Balanced Soothing Wow Cream adalah langkah ketiga untuk kulit yang sihat dan melegakan. Dengan kandungan 30,000 ppm prebiotic dan calamine,jumlah yang lebih tinggi dapat membantu bertindak menenangkan kulit sambil meredakan noda pada permukaan kulit. Menggunakan teknologi WOW (Water-in oil water) dan Triple Moisture Boost Complex, ia juga membantu mengembalikan kelembapan kulit.


Cara Penggunaan :- 

Sapukan skirm secara merata ke seluruh wajah dan leher yang sesuai untuk siang & malam. Nota : Pastikan mengurut krim pada kulit anda dengan lembut untuk memastikan nutrien diserap sepenuhnya ke dalam kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.


4. Perfect Balanced SunMilk SPF 25 PA++


Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++

Perfect Balanced Sunmilk SPF 25PA++ yang seimbang sempurna adalah langkah terakhir , untuk memberikan kulit lebih sihat dan cantik. Ianya mengandungi nutriet seperti vitamin dan mineral yang dapat membantu melegakan sinaran matahari dan kulit kering di samping dapat melindungi kulit korang dari UVA dan UVB. Selain itu, ianya dapat meningkatkan tekanan permukaan kulit korang terhadap tekanan persekitaran.


Cara Penggunaan :- 

Tuangkan jumlah yang mencukupi pada telapak tangan dan sapukan sun milk ke seluruh wajah.


Bagamaina Nak Membeli Rangkain Cosmoderm Perfect Balanced Ini


Bagi korang yang berminat untuk memcuba produk terbaru Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced ataupun produk Cosmoderm yang lain, korang boleh dapatkannya di semua rangkain farmasi berdekatan korang termasuk di Watson, Guardian dan Aeon Wellness. Disebabkan kita masih dalam tempoh kawalan Perintah Kawalan Pergerakan ini lebih mudah korang beli secara online terus di www.cosmoderm.com.my dan di Shopee Cosmoderm Official Store.


Untuk maklumat lanjut ataupun promosi terkini produk Cosmoderm, korang juga boleh layari laman sesawang rasmi mereka ataupun sosial media Cosmoderm seperti di bawah ini :- 

Website | Facebook | Instagram

This post have 2 komentar

avatar
Rabiahtul adawiyah delete February 2, 2021 at 11:19 AM

Rabia pernah pakai produk cosmoderm dulu

Reply
avatar
mamapp delete February 2, 2021 at 3:54 PM

bestnya perfect balanced ni. warna packaging dia pun punyalah sweet

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post