Wednesday, January 27, 2021

author photo

 Drama Hantu Van Sewa Di Awesome TV | Assalamualaikum... sejak astro dah buka saluran baru iaitu Awesome TV my tv baru-baru sempat la Cik Ash layan drama hantu yang kelakar yang disiarkan setiap Khamis hingga Ahad jam 9.00 malam di saluran 112 mytv dan astro pulak di saluran 123.


Hantu Van Sewa

Drama berepisode 26 ini telah ditayangkan pada 8 Januari 2021, drama hantu yang lucu dengan lakonan Nasir Bilal Khan, Bell Ngasri, Adam Shah mereka 3 orang ni jadi hantu dalam drama ini. Memang kelakar dialong mereka macam sepontan jer. 


Sinopsis Drama Hantu Van Sewa 

Hantu Van Sewa ini mengisahkan sebuah van sewa yang dimiliki oleh seorang usahawan yang dikatakan berhantu. Setiap kali orang menyewa van itu pasti akan berlakiu perkara mistik.


Pelakon Drama Hantu Van Sewa 

Drama ini menampilkan lakonan Nasir Bilal Khan, Bell Ngasri, Adam Shah, Azhan Rani, Reen Rahim, Lana Nodin, Along Eyzendy, Shuk, Harun Hashim, Roy Azman, Mustaqim Bahadon, Azlee Senario, Watie Sadali, Nur Dhia Irdina. 


Pengarah dan Terbitan Produksi 

Drama ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan syarikat produksi Suara Kita Production Sdn Bhd. Manakala skrip drama ini ditulis oleh Farhana Fauri. 


Cara Nak Menonton Drama Hantu Van Sewa 


Bagi korang yang tak berpeluang nak menonton drama seram komedi ni korang juga boleh menontonnya di laman sesawang awesometv sendiri anda boleh klik butang disediakan di bawah ini untuk menonton episode penuh. 


👉Drama Hantu Van Sewa Episod 1 hingga Episod 26

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post