Monday, January 18, 2021

author photo

Review Filem Tarung Sarung | Assalamualaikum,Hai korang semua, rasanya dah lama Cik Ash tak review filem dekat blog ini kan. Kalau tak silap Cik Ash last tahun 2019 hahaha, lama sungguh tinggal tu. Tahun ni macam nak start balik la review filem dekat blog ni. Hihihi. Baru-baru ni Cik Ash ada tengok filem Indonesia yang baru ditayangkan di Netflix iaitu Tarung Sarung. 


Tarung Sarung



Kalau korang minat cerita jenis macam kungfu-kungfu China tu harus tengok filem ni, sebab bila layan filem ni ada teringat la kisah cerita seri filem terkenal China iaitu The Karate Kid, filem Tarung Sarung seakan filem itu kerana kisah seorang anak muda yang tak pandai bela diri, kemudian berguru dengan seorang guru kungfu yang menjadikan ia seorang pandai bela diri dalam karate. 


Tambah pulak dalam filem ada part dimana dialong antara Deni dan Tenri bercerita pasal filem yang mereka satu keluarga minat iaitu The Karate Kid, Mungkin juga filem ini adalah satu inspirasi untuk filem itu.  


Sinopsis Filem Tarung Sarung

Filem Tarung Sarung ini mengisahkan tentang Deni Ruso (Panji Zoni), merupakan seorang anak orang kaya yang mempunyai syarikat besar di Indonesia, Ibunya marah dengan tingkah lalu Deni, yang selalu bertindak sesuka hati dan selalu mengambil mudah hal perkara itu. 


Deni seorang yang tidak percaya kepada Tuhan, selalu berfikir bahawa semua masalah dapat diselesaikan dengan wang, Ini mendorong ibu Deni menghantarnya ke Makassar untuk mengendalikan projek syarikat yang sedang berlangsung di sana. 


Setibnya di Makassar, dia telah dipukul oleh Tenri (Maizura), seorang aktivis alam sekitar. Tenri dalam masalah kerana dia akan berkahwin dengan lelaki yang bernama Sanrego (Cemal Faruk) yang tidak disukainya. 


Sanrego adalah juara bertahan di Sarong dan tidak pernah dikalahkan. Perjuangan cinta antara Deni dan Tenri membuat Deni harus mengalahkan Sanrego dalam pertandingan kekuatan ini. Supaya Sanrego tidak dapat mengahwini Tenri. 


Deni membuat pelbagai kaedahh untuk mengalahkan Sanrego. Dia akhirnya menemui legenda Sarung Tarung bernama Khalid (Yayan Ruhian) untuk menjadikan guru beliau. Adakah, Deni dapat mengalahkan Sanrego dan menyelamatkan Tenri dari perkahwinan yang tidak diinginkannya? Anda boleh menonto jawapan filem ini di Netflix.


Pelakon Filem Tarung Sarung

Antara pelakon yang menjayakan filem ini adalah Panji Zoni sebagai Deni Ruso, Yayang Ruhian sebagai Pak Khalid, Cemal Faruk sebagai Sanrego, Maizura sebagai Tenri, Imelda Therinne sebagai Dina Ruso, Surya Saputra sebagai Oom Badul, Annete Edoarda sebagai Gwen, Alvin sebagai manajer kelab malam dan lain-lain. 


Pengarah dan Syarikat Produksi 

Merupakan arahan Archie Hekagery dan terbitan produksi Chand Parwez Servia dan Fiaz Servia. Manakala muzik latar oleh Andhika Triyadi. 


Buat anda yang  terlepas untuk melihat filem aksi Indonesia ini, anda boleh menikmatinya Filem Tarung Sarung ini di Netflix sekarang. 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post