Saturday, January 16, 2021

author photo

Lagu Ost Drama Bidadari Salju | Assalamualaikum... Disebabkan ada yang sedang mencari ost lagu dalam drama Bidadari Salju yang tengah trending tv3 tu. Hari ini Cik Ash berkesempatan nak kongsi dengan korang semua.Sebelum Cik Ash kongsi Lagu Ost Drama Bidadari Salju apa kata korang baca dulu serba sedikit info mengenai drama ini dibawah.


ost Bidadari Salju



Drama Bidadari Salju ini adalah sebuah drama adaptasi daripada novel karya Mia Kiff dengan tajuk yang sama. Merupakan arahan pengarah Reza Badarudin dan dibintangi oleh pelakon gandingan Sweet Qismina, Adam Lee, Jasmine Suraya Chin, Nazrief Nazri, Chacha Maembong, Syazuwan Hassan, Jaja Iliyes dan ramai lagi. 


Sinopsis Drama Bidadari Salju 

Drama ini mengisahkan Kayra (Sweet Qismina) yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana rupa paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz (Adam Lee), pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 


Setelah 5 berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya, Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. 


OST Lagu Drama  Bidadari Salju


Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Mimpi

Penyanyi : Haqiem Rusli

Ciptaan : Haqiem Rusli & Dato' A. Aida

Lirik : Dato' A.Aida & Haqiem Rusli


Manakala untuk lagu sisipan yang lain terdapat dalam Drama Bidadari Salju adalah seperti di bawah ini. 


Tajuk Lagu : Pewangi 

Penyanyi : Zali Rusli

Komposer : Haqiem Rusli & Ibnu

Lirik : Haqiem Rusli 


Tajuk Lagu : Suratan Luka

Penyanyi : Muna Shahirah

Komposer : Sharon Paul & Gouffran

Lirik : Dato' A.Aida & Fedtri Yahya 


Tajuk Lagu : Bagaimana

Penyanyi : Muna Shahirah & Zack Zakwan

Ciptaan : Gouffran dan Sang Hitam

Lirik : Gouffran dan Sang Hitam


Tajuk Lagu : Maafkan Lah 

Penyanyi : Syamel 

Ciptaan : Omar K & Ikhwan Fatanna 

Penerbit Lagu : Omar , Ikhwan Fatanna, Dato' A.Aida & Eddie Hamid


Tajuk Lagu : Kisah Cinta KIta 

Penyanyi : Hafiz Suip

Lagu : Ikhwan Fattanna, Ayden Ali

Lirik : Dato' A.Aida


Tajuk Lagu : Inikah Dikatakan Cinta 

Penyanyi : Sufian Suhaimi

Lagu : Ikhwan Fattanna & Wan Salleh

Lirik : Dato' A.Aida


Tajuk Lagu : Sory Sory Sayangku 

Penyanyi : Nomad 

Lirik : Dato' A.Aida


Tajuk Lagu : Ku Tak Rela 

Penyanyi : Farahdhiah

Lirik : Dato' A.Aida


Tajuk Lagu : Jom Jom Coffee Coffee

Penyanyi : Nana Sheme 


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, itu jer lagu-lagu yang terdapat dalam drama Bidadari Salju ni, semua lagu tak pernah dengar lagi, nanti ada masa cuba dengar dekat youtube hihihi. Jumpa lagi ya. 






1 komentar:

avatar
Shikin Razali delete January 17, 2021 at 12:00 AM

Nanti nak carilah dalam youtube.. Thanks Cik Ash sebab kongsi tajuk lagu..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post