Wednesday, January 13, 2021

author photo

Resepi Biskut Quaker Oat Bakar Dalam Airfryer | Assalamualaikum, Hai, terlebih rajin buat biskut pada 12.1.2021 hihihi, biskut Quaker Oat ni Cik Ash tengok resepi dekat google jer pun jumpa yang paling senang dan tengok bahan-bahannya semua ada dekat dapur ni. 


Biskut Quaker Oat



Maka terjadi la biskut Quaker Oat ni, biskut Quaker oat adalah biskut yang amat digemari oleh semua golongan tak kira usia. Selain rasanya yang enak, ia juga terkenal dengan khasiatnya sehingga biskut diet. Kalau dekat pasaran harga pun boleh tahan. Hihihi. Sebab aritu Cik Ash ada beli biskut Quaker Oat tu yang terlebih rajin buat jugak. 


Artikel Berkaitan 👉 Biskut Cornflakes Madu


Bagi suami cuba rasa dia kata rasa ada sama dah, tetapi tak kering macam yang beli, maybe resepui tak sama yang di jual la kut hahaha, biasa la kali pertama buat kan. Nanti nak buat biskut oat yang jenis lain pulak banyak yang Cik Ash jumpa resepi tetapi ambil yang resepi di bawah paling senang ada barang hihihi. Jom la tengok resepinya. 


Resepi Biskut Quaker Oat 


Bahan-bahan 

2  cawan Quaker Oat

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan gula kastor 

1/2 sudu teh baking powder

1 sudu teh esen vanila

minyak jagung secukunya


Cara Membuatnya : 

1. Masukkan tepung gandum,baking powder, oat, dan gula ke dalam bekas dan gaul sebati.

2. Masukkan esen vanila dan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan kemudian susun dalam airfryer yang dah dilapik dengan kertas foil Cik Ash guna sebab tak ada kertas baking paper hihihi.

4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 10 hingga 15 minit. 


Ok la korang itu cara buat Biskut Quaker Oat versi senang dan mudah. Tak guna bahan-bahan yang banyak pun. Sedap dimakan ketika perut rasa lapar hihihi, Nanti nak cuba buat versi lain pulak kita cari bahan-bahan yang tak ada dekat rumah ni. 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post