Friday, January 29, 2021

author photo

 Saluran Televisyen Awesome TV! Kini Boleh Di Tonton Kepada Pelanggan Astro | Assalamualaikum... Ada berita baik buat pelanggan Astro, korang boleh menikmati saluran Awesome TV secara percuma di Malaysia di saluran 123 HD.


awesometv

Awesome TV mula bersiaran di saluran 123 HD pada 18 Januari yang lalu, untuk pelanggan dan penonton setia Astro boleh menonton kandungan yang menarik pelbagi rancangan hiburan dan komedi ada. 


Artikel Berkenaan : Drama Hantu Van Sewa Di Awesome TV


Kata Ketua Pengawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berharap Awesome TV akan dapat terus menarik hati dan menambah lebih banyak lagi penonton dengan kemunculan di Astro. 


"Malah saluran ini telah berjaya memperoleh peningkatan penonton  sebanyak enam peratus (6%) di antara 3 Oktober 2020 hingga 12 Disember 2020, menjadikannya saluran percuma (free-to-air) kedua tertinggi untuk penonton Melayu," katanya. 


Antara yang sedang ditayangkan di saluran Astro 123 HD ialah termasuk drama bersiri popular Korea, The Good Witch dan bermacam-macam lagi program menarik terbitan Awesome TV seperti One Two Hantu, Oops Terkena, dan Ohsem!!!.


Saluran ini boleh didapati oleh semua pelanggan Astro, Astro Njoi dan Astro On Demand secara Definisi Tinggi (HD), serta ia juga kekal di saluran 112 di MYTV. 


sumber : gempak.com


#Astro123HD #AwesomeTV

#HantuVanSewa


This post have 2 komentar

avatar
Abam Kie delete January 29, 2021 at 9:40 AM

tul tu cik ash. minggu lepas masa tekan2 remote injoi terjumpa saluran TV awesome ni. dapat la menghiburkan hati semasa tgok TV yg terhad siarannya skrg ni.

Reply
avatar
ummizarra delete January 30, 2021 at 5:00 PM

tak pernah tau pun. heheh hari baru tau terus buka. tq cik ash share.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post