Tuesday, January 5, 2021

author photo

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Nasyid Malaysia 2020 | Peminat Lagu Nasyid mesti tertanya siapakah pemenang Anugerah Nasyid yang berlangsung buat julung kalinya pada 27 Disember 2020 yang telah disiarkan secara langsung di TV1 pukul 9.00 malam.


ANAM 2020

Anugerah Nasyid Malaysia 2020 ini telah dianjurkan oleh MUNSYID Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipilih sebagai penyiar rasmi. Selain itu, Anugerah ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pusat Pungutan Zakat (MAIWP) sebagai rakan strategik ANAM 2020. 


Anugerah ini adalah kali pertama anugerah nasyid dapat dilangsungkan dengan penuh berprestij dengan penglibatan dan sokongan 2 kementerian. 


Anugerah Nasyid Malaysia 2020 ini dihoskan oleh pengacara popular iaitu Farah Fauzana yang bergandingan bersama artus nasyid terkenal Hafiz Hamidun. Dengan pengalaman luas Farah dalam bidang pengacaraan dan pengetahuan mendalam Hafiz dalam industri nasyid tanah air. 


Menariknya lagi ada persembahan istimewa daripada barisan artis nasyid popular tanah air seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers, dan Inteam, turut diserikan dengan penampilan daripada Dato Jamal Abdillah, Naim Daniel, Khai Bahar, Colour Of Voice dan ramai lagi.


Senarai Pemenang Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM2020)


Artis Nasyid Pilihan 

Inteam


Artis Nasyid Baru 

Aniq Muhai- Hingga Saat Akhir 


Artis Nasyid Nusantara 

Sabyan (Indonesia)


Artis Rakaman Nasyid Terbaik 

Jurutera Rakaman :Amir Nodin

Lagu : Sakit

Artis : Areef


Susunan Muzik Nasyid Terbaik 

Omar K 

Lagu : Putaran 

Artis : Fareed Zane


Anugerah Video Muzik Terbaik

Tiada Pemenang 


Anugerah Vokal Nasyid Terbaik 

Rabbani

Lagu : Ittihad


Lirik Nasyid Terbaik 

Ito Lara 

Lagu : Ittihad


Anugerah Kembara ANAM 2020 

Inteam


Anugerah Lagu Nasyid Terbaik 

Ittihad 

Rabbani


Selesai sudah Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM 2020) yang telah dianjurkan buat julung kalinya oleh MUNSYID Malaysia di Auditorium Perdana, RTM Angkaspuri. Tahniah diucapkan buat semua pemenang di atas kejaayan serta usaha untuk mewarnai industri nasyid di Malaysia. Nak menonton online Anugerah Nasyid Malaysia 2020 boleh klik pautan INI.

This post have 8 komentar

avatar
mamapp delete January 5, 2021 at 1:10 PM

tahniah semua kumpulan nasyid mmg best layan lagu2 diorang

Reply
avatar
Cik Ash delete January 5, 2021 at 3:48 PM

mamapp : Lagu nasyid semua best2 dengar

Reply
avatar
Abam Kie delete January 5, 2021 at 6:16 PM

kita kena kembangkan kembali lagu2 nasyid yg telah terpinggir. Seingat abam kie, lagu nasyid kembali popular krna dipelopori oleh kumpulan Raihan sekitar 1997 dahulu...

Reply
avatar
Naimy delete January 27, 2021 at 8:34 AM

ada link untuk tengok ke....teringin nak tengok....

Reply
avatar
Cik Ash delete January 27, 2021 at 11:09 AM

Abam Kie : betul tu abam kie kena kembangkan lagu2 nasyid ni..

Reply
avatar
Cik Ash delete January 27, 2021 at 11:11 AM

Naimy : Dah ada cik ash update dekat atas tu.. :)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post